• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Accord Nafi Langgar Lari Rider Foodpanda

Pemandu Accord Nafi Langgar Lari Rider Foodpanda

August 25, 2020 By admin.pandulaju Leave a Comment

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU Honda Accord yang dikatakan melanggar lari seorang penunggang Foodpanda tampil membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan umum yang tular di media sosial.

Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at dalam laman Facebook JSPT, pihaknya menerima laporan kemalangan daripada pemandu Accord dengan nombor pendaftaran AGX 6699 pada Isnin (24 Ogos) kira-kira jam 4.30 petang.

BACA >>> Rider Foodpanda Kini Dapat Caruman Perkeso

Foto motosikal mangsa dan kereta Accord suspek yang dituduh langgar lari. KREDIT FOTO: Reporter.my

Azman berkata, pemandu Accord itu mendakwa dia berhenti untuk membantu sebaik saja melihat kemalangan tersebut. Namun, apabila orang ramai dan penunggang lain mula berhenti untuk membantu, dia memutuskan untuk meninggalkan tempat kejadian.

Pemandu lelaki itu juga menafikan terlibat dalam kemalangan tersebut. Malah pemeriksaan awal polis mendapati tiada kesan kemalangan pada kereta suspek, dan pada masa sama kenderaan itu masih ditahan untuk siasatan forensik polis.

Menurut Azman lagi, penunggang Foodpanda berusia 20 tahun dan kini sedang dirawat di Hospital Putrajaya dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala motosikal mangsa kini di bawah pemeriksaan forensik di IPD Subang Jaya.

Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak terburu-buru hingga melanggar undang-undang. Polis berjanji akan menyiasat insiden berkenaan dengan teliti dan adil bagi memastikan semua pihak terbela.

Polis turut meminta sesiapa saja yang menyaksikan kemalangan di Putra Height itu tampil membantu siasatan. Segala maklumat kemalangan boleh hubungi Inspektor Hamdan Jeramatin di PD Subang Jaya menerusi talian 019-464 2222.

BACA >>> Aplikasi Grab Driver Kena Godam, Pemandu Dapat Curi Penumpang

SUMBER: Facebook JSPT

Related

258
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Foodpand, Foodpanda, Kemalangan Foodpanda, Langgar Lari, Rider Foodpanda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev