• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Saintis Bangunkan Telefon Pintar dengan Fungsi Pengesan Mabuk

Saintis Bangunkan Telefon Pintar dengan Fungsi Pengesan Mabuk

August 26, 2020 By Azizi H Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPASUKAN saintis dari Universiti Stanford dan Pittsburgh, Amerika Syarikat menerusi 'Journal of Studies on Alcohol and Drugs' sedang membangunkan telefon pintar yang mampu mengesan tahap mabuk seseorang yang minum arak.

Beberapa ujian dijalankan membabitkan 22 sukarelawan berusia 21-43 tahun yang akan minum arak jenis vodka untuk mencapai tahap alkohol dalam darah hingga 0.2 peratus, iaitu melebihi 0.08 peratus maksimum dibenarkan untuk pemandu di AS.

BACA >>> Kajian: Orang Gemuk Lebih Mudah Kena Jangkit Covid-19?

Kemudian, kumpulan sukarelawan itu akan menjalani siri ujian dengan dipantau aplikasi mudah alih Phyphox untuk mengakses data akselerometer dalam telefon pintar yang dipasangkan pada tali pinggang masing-masing.

Kajian dimulakan dengan berjalan lurus ke depan dan belakang sepuluh langkah sebelum dan selepas minum arak. Data akselerometer daripada ujian itu akan dibandingkan bagi memantau sebarang perubahan paten berjalan dalam keadaan mabuk. Tahap alkohol dalam darah peserta juga diperiksa selepas setiap ujian.

Hasilnya, saintis mendapati ketepatan akselerometer ialah 92.5 peratus dalam mengesan sukarelawan yang mabuk akibat minum arak. Keputusan juga menunjukkan paten berjalan 'terhuyung-hayang' sebagai punca daripada alkohol berlebihan.

Pada masa akan datang, saintis juga merancang menambah ciri seperti gegaran pada telefon pintar sebelum memasuki kenderaan jika berjalan dalam keadaan tersebut.

Ini berita baik dalam usaha membangunkan teknologi baharu yang dapat mengurangkan risiko kemalangan akibat memandu mabuk. Namun, teknologi ini masih memerlukan sikap peduli daripada pemandu sendiri. Tiada guna telefon pintar dilengkapi macam-macam sensor mabuk, tetapi pemandu itu pula kekal berdegil hendak memandu juga.

BACA >>> Kajian: Pembeli UK Suka Volkswagen Golf Hitam, Paling Popular 2019

SUMBER: BigThink

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Journal of Studies on Alcohol and Drugs, pemandu mabuk, teknologi, Teknologi Telefon Pintar Kesan Mabuk, Universiti Stanford

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my