• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Held Perkenal Ves Beg Udara yang Padan Semua Jenis Jaket Menunggang

Held Perkenal Ves Beg Udara yang Padan Semua Jenis Jaket Menunggang

August 24, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR aksesori dan barangan motosikal sentiasa memperkenalkan pelbagai teknologi terkini bagi menambah baik keselamatan penunggang.

Di pasaran sekarang, sudah banyak pengeluar menawarkan jaket menunggang yang dipakej bersama beg udara dan semestinya bukan dengan tanda harga murah.

BACA >>> 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli Jaket Beg Udara AIRSAV (Buatan Malaysia)

Bagaimanapun, beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa jenama besar dalam industri sut motosikal melancarkan versi pakaian menunggang paling versatil. Misalnya ves beg udara universal ini boleh dipakai luar atau dalam jaket, dan tanpa mengira jenis jaket dipakai sama ada Dainese atau Alpinestar, atau lain-lain. Ya, setiap penunggang kini boleh mendapat manfaat beg udara.

Pengeluar sut menunggang Jerman, Held menawarkan produk tambahan baharu iaitu ves beg udara eVest Clip-in & In&Box. Satu-satunya kekangan produk ini ialah anda perlu membeli katrij sistem beg udara, In&Box untuk dipasangkan pada ves berkenaan seperti foto di atas.

Uniknya, ves beg udara baharu ini tidak perlu dipakai bersama produk Held lain. Ia berfungsi sendiri dan boleh dipakai di dalam atau di luar apa saja jenis pakaian penunggang.

Held menggunakan kepakaran dan sistem beg udara buatan syarikat Perancis, In&Motion. Sebagai makluman, nama besar lain dalam industri sut menunggang turut menggunakan teknologi In&Motion, seperti Klim dan Ixon. Malah, pelumba seperti Aleix Esparago juga menggunakan sistem sama ketika berlumba dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP.

Beg udara itu berfungsi sendiri secara elektronik dan mengembang menggunakan kartrij gas. 'Beg' yang melindungi belakang, leher dan dada penunggang. Sensor terbina dalam membolehkan sistem merekodkan data 1,000 kali per saat untuk mengesan impak jatuh untuk mengembungkan beg udara sepantas 60 milisaat.

Ves beg udara Held dibuat daripada jejaring selesa dan lut udara. Produk ini dijual pada harga €349.95 (RM1,730) dan pembeli ditawarkan opsyen untuk beli sistem In&Box berharga £399.95 (RM2,210) atau sewa saja pada harga £12 (RM70) sebulan atau £120 (RM660) setahun.

Pakej sewa menawarkan lebih banyak manfaat seperti waranti tanpa had, kemas kini tanpa had, servis VIP jika sistem tidak berfungsi, dan naik taraf percuma kepada sistem In&Box generasi baru. Pakej pembelian juga memberikan akses kepada kemas kini tanpa had, tetapi tempoh waranti dihadkan kepada dua tahun sahaja.

eVest Clip-in & In&Box dilancarkan pada 1 September 2020.

BACA >>> Ford Cipta Jaket Pintar untuk Penunggang Basikal, Papar Emoji Digital untuk Keselamatan

SUMBER: RideApart

Related

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, autotainment, eVest Clip-in & In&Box, Held, In&Motion, jaket, Jaket Menunggang, Ves Beg Udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my