• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 200 Duke ABS (2020) Masuk Pasaran Amerika Utara, Harga RM16k!

KTM 200 Duke ABS (2020) Masuk Pasaran Amerika Utara, Harga RM16k!

August 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELANGGAN di Amerika Utara bakal menerima KTM 200 Duke (2020) tidak lama lagi sebagai model aras mula yang akan melengkapkan barisan Duke sedia ada.

Rantau Amerika agak ketinggalan menerima 200 Duke berbanding Asia, termasuk Malaysia yang mula melancarkan model itu seawal 2011 sebelum aktiviti pemasangan tempatan (CKD) bermula di Kedah.

BACA >>> KTM 200 Duke (2018) Kini di Malaysia - Harga RM11,888
BACA >>> Yamaha Dedah Foto Acah Naked Bike Baharu, Adakah MT-125 (2020)?

Tidak dinafikan, tumpuan utama pemasaran 200 Duke ialah Asia kerana memiliki pasaran pembeli cukup besar, selain kurang berdepan pesaing kelas premium seperti BMW atau Triumph. Pada masa sama, jenama dari Austria ini dikatakan mengalami banyak 'isu' di Asia dan Thailand, termasuk pernah menutup pengedaran sebelum ini. Malaysia?

KTM North America memang ada menawarkan 390 Duke, tetapi siri 200 Duke ialah varian ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) yang boleh nyah aktif pada roda belakang untuk tungganggan ala supermoto.

200 Duke (2020) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 199cc dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 25hp dan transmisi manual 6-kelajuan. Naked bike ini dianggap model terbaik yang menawarkan keseimbangan antara pengendalian dan prestasi untuk tunggangan harian.

Paling menarik, faktor ergonomik menawarkan kebebasan pengendalian ketika menunggang atas jalan. Ciri tayar lebar pula memberikan kelebihan sentuhan permukaan jalan yang lebih baik. Keselesaan tunggangan dibantu unit fork terbalik (USD) jenis WP APEX 43mm dan monoshock APEX di belakang.

Tugas membrek diserahkan kepada cakera tunggal dengan kaliper BYBRE 4-piston di depan dan cakera tunggal di bekalang, serta dilengkapkan sistem brek ABS Bosch dwi-saluran dengan fungsi Supermoto ABS.

Harga jualan asas ialah AS$3,999 (RM16,700) dan model ini dijangka menarik lebih ramai pembeli kerana menawarkan harga mampu milik kepada pelanggan di Amerika Utara.

BACA >>> Spyshot: Kelibat KTM 390 Duke (2021) Dikesan dengan Frem Trellis, Swingarm Baharu

GALERI
2020-KTM-200-Duke-USA-03-scaled
2020-KTM-200-Duke-USA-01-scaled
2020-KTM-200-Duke-USA-07-scaled
2020-KTM-200-Duke-USA-02-scaled
2020-KTM-200-Duke-USA-06-scaled
2020-KTM-200-Duke-USA-05-scaled
2020-KTM-200-Duke-USA-04-scaled
Duke
2020-ktm-200-duke-united-states-of-america-scaled

SUMBER: KTM North America | AsphaltandRubber

Related

444
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Utara, Auto Terkini, KTM 200 Duke, KTM 200 Duke (2020), KTM North America, naked bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev