• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BMW Motorrad Perkenal Rim Gentian Karbon M Performance untuk S1000RR

BMW Motorrad Perkenal Rim Gentian Karbon M Performance untuk S1000RR

August 30, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN lalu, BMW Motorrad memperkenalkan superbike generasi baharu S1000RR yang lebih berkuasa dan lebih ringan. dengan kemampuan ledakan kuasa maksimum 205hp dan penurunan berat kira-kira 10kg (berat total 197kg) berbanding model terdahulu.

Bagaimanapun, angka berat bawah 200kg belum cukup memuaskan hati jurutera BMW Motorrad. Justeru pada Mac lalu, penegluar Jerman itu memperkenalkan katalog M Performance dengan menyenaraikan komponen gentian karbon untuk S1000RR.

Lima bulan kemudian, BMW Motorrad melancarkan set rim gentian karbon kepada pelanggan yang mahu meningkatkan prestasi jentera mereka ke tahap lebih tinggi.

BACA >>> Motosikal Buatan Malaysia di Pasaran! Aveta Lancar DY90, RX110 Serendah RM2.8k

Rim dihasilkan itu perlu mendapat kepercayaan pelanggan, memiliki daya tahan maksimum dan lebih ringan untuk meningkatkan prestasi tanpa mengabaikan aspek keselamatan penunggang. Justeru pasukan jurutera BMW Motorrad menggunakan relau ketumpatan tinggi untuk membentuk rim gentian karbon ini.

Sebenarnya, gentian karbon dikatakan sejenis material yang lahir daripada bidang aeroangkasa. Rim M Performance dilapis cat jernih kilau tinggi yang mendedahkan corak sulaman karbon yang membentuk rim. Produk ini sudah ditawarkan sejak 1 Ogos lalu yang boleh dibeli di pengedar sah BMW Motorrad atau ditempah secara atas talian.

Rim gentian karbon ini 1.7kg lebih ringan daripada rim aluminium S1000RR (2019). Setiap rim dijual sekali dengan komponen sampingan seperti cakera brek 5mm, sensor gegelung, bering roda dan injap kawalan angin dalam tayar. Cuma, BMW belum memberi maklumat mengenai harga rim ini.

BACA >>> 10 Fakta Pantas: BMW S1000RR (2020) Kini di Malaysia, Ansuran RM1,420 Sebulan Sahaja

SUMBER: RideApart

Related

102
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, BMW Motorrad BMW S1000RR, rim, Rim Gentian Karbon, rim sport, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my