• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Hyundai Kona Dikesan di Ara Damansara, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi?

#Spyshot: Hyundai Kona Dikesan di Ara Damansara, Bakal Muncul Tidak Lama Lagi?

August 18, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

836
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Hyundai Kona kali pertama muncul di Malaysia pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Hyundai ketika itu mengesahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut akan memasuki pasaran tempatan.

Selepas dua tahun, imej intip SUV subkompak itu dikesan pemilik akaun Facebook HefRiz yang mendakwa ternampak model berkenaan sekitar Oasis Ara Damasara. Berdasarkan dua foto intip dimuat naik, kelihatan dua model Kona hijau dan kelabu.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid atau RS, Manakah Satu Saya Patut Beli?

Ini menandakan kemunculan model itu semakin hampir. Atas kertas, Kona akan berentap dengan pesaing terdekat seperti Honda HR-V, Toyota CH-R dan Mazda CX3. Difahamkan Kona versi Malaysia akan didatangkan dalam dua varian, Standard dan Premium.

Bakal dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Kulim, Kedah, harga model itu dijangka dalam julat kompetitif. Berikut spesifikasi Kona 1.6 Turbo seperti ditayangkan pada KLIMS 2018:

hyundai kona malaysia

ENJIN: Gamma 1.6L T-GDi, pacuan roda depan (FWD)
SESARAN: 1,591cc
TRANSMISI: Dual-klac (DCT) 7-kelajuan
KUASA MAKSIMUM: 175hp @ 5,500rpm
TORK MAKSIUM: 265Nm @ 1,500-4,500rpm
0-100KMJ: 7.9 saat
KELAJUAN MAKSIMUM: 205kmj
CIRI STANDARD: Paparan dongak (HUD) dengan infi navigasi, sistem bunyi premium Krell, pengecas fon wayarles, paparan audio 8 inci jenis apung, lampu siang (DRL) LED, kemasan dalaman tema hitam dengan sulaman benang kontras.
CIRI KESELAMATAN (standard): Amaran Perlanggaran Titik Buta (BCW), Amaran Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCW), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Amaran Jarak Parkir (PDW)
ANGGARAN HARGA: RM90,000-RM130,000

BACA >>> #KLIMS2018: Hyundai Kona di Malaysia Tahun Depan, Perkenal 2 Varian, Termasuk Turbo?

Related

836
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Foto Intip, foto spyshot, hyundai, Hyundai Kona, hyundai kona malaysia, Spyshot, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev