• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pekerja Otai Kongsi Pengalaman Manis Sepanjang 25 Tahun Bersama Modenas

Pekerja Otai Kongsi Pengalaman Manis Sepanjang 25 Tahun Bersama Modenas

August 27, 2020 By Abang GYL Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DIAM tidak diam, Modenas sudah mencapai usia 25 tahun sejak ditubuhkan pada 1995 dan tidak dinafikan kehadiran pengeluar motosikal nasional pertama ini sememangnya membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.

Apa tidaknya, Modenas sudah menghasilkan lebih 1 juta unit motosikal hanya dalam tempoh dua tahun dan turut mengeksport produk dua roda jenama itu ke luar negara. Sebut saja Modenas, ramai akan sebut Kriss yang sudah mencapai status ikonik dan legenda. Itu belum produk motosikal lain yang tidak kurang hebat.

modenas-logo
kilang-modenas-gurun-kedah-bg

Sempena ulang tahun ke-25 Modenas, Abang Gan dan rakan media lain berkesempatan mengunjungi kilang pemasangan Modenas di Gurun, Kedah. Selain mengimbau kembali sejarah jenama motosikal ikonik itu, kami turut berpeluang bertemu pekerja-pekerja ‘otai’ yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Modenas.

Apa yang membuatkan Abang Gan lebih terharu, ada kalangan mereka sudah bersama Modenas sejak hari pertama penubuhan. Berikut temu bual ringkas kami dengan beberapa pekerja terawal di kilang pemasangan Modenas di Gurun, Kedah.

BACA >>> Modenas Tawar Perkhidmatan Servis Motosikal Terus ke Pintu Rumah Pelanggan

Mohd Redzuan Yahaya, 57

Redzuan terlibat dalam projek kapcai Kriss.

Projek pertama saya ialah Modenas Kriss. Pada masa itu, semua rekaan motosikal perlu dilukis secara manual. Bukan macam sekarang yang sudah guna perisian komputer.

“Lagi seronok, saya diberikan kepercayaan ke Jepun dan belajar sendiri bersama jurutera Kawasaki di sana. Paling penting, saya sangat berbangga kerana diberi peluang untuk menghasilkan produk pertama tempatan.”

Lau Siak Siong, 52

Lau adalah satu-satunya pekerja berbangsa Cina yang setia bersama Modenas.

Saya mula diterima kerja pada 24 Mei 1996. Sebelum ini, saya kerja di Singapura selama lima tahun sebelum membuat keputusan balik Malaysia untuk berkhidmat.

“Antara sebab kenapa saya bekerja di sini adalah kerana minat mendalam dengan dunia permotoran. Sebelum ini, saya pernah jadi mekanik selama empat tahun. Walaupun saya satu-satunya pekerja Cina yang masih bekerja di Modenas, tapi keseronokan di sini lain daripada lain. Kami sudah macam satu keluarga.

“Paling seronok, kami saling ambil berat antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa."

Rosmemah Abdul Rahim, 43

Rosmemah bertemu jodoh di Modenas.

Sepanjang 22 berkhidmat di Modenas, banyak pengalaman yang sudah saya lalui. Antara pengalaman paling manis adalah ditawarkan peluang menunaikan umrah dengan separa tajaan daripada DRB-HICOM. Lebih menyeronokkan, saya jumpa jodoh dengan suami di sini."


Sepanjang menemu bual mereka, Abang Gan menyedari yang Modenas sebenarnya bukan sekadar jenama motosikal, tetapi juga lebih kepada satu keluarga. Sekali lagi, Abang Gan ucapkan Selamat Ulang Tahun ke-25 Modenas! Semoga Modenas kekal sukses dan dapat mengulangi era kegemilangannya seperti suatu masa lalu.

BACA >>> #Spyshot: Dua Model Modenas Dikesan di Kedah, Kriss FI?

Lau Siak Siong
Lau Siak Siong
Rosmemah Abdul Rahim
Rosmemah Abdul Rahim
Modenas 25 Tahun_PanduLaju9
Mohd Redzuan Yahaya
Mohd Redzuan Yahaya
Modenas 25 Tahun_PanduLaju5
Modenas 25 Tahun_PanduLaju4
Modenas 25 Tahun_PanduLaju3
Modenas 25 Tahun_PanduLaju2
Modenas 25 Tahun_PanduLaju1

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Modenas, Pekerja Otai Modenas, Pengeluar Motosikal Nasional, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev