SETAHUN dua ini ialah tempoh sibuk buat McLaren. Ada saja model baharu dilancarkan seperto 600LT Spider, GT baharu, Senna GTR versi trek dan pengenalan 620R dan McLaren Elva.
Tahun ini McLaren memperkenalkan 765LT. Ada model lagi sebenarnya, iaitu McLaren Senna Ride-On yang nampak sangat comel kerana dikhaskan untuk kanak-kanak atau pelumba junior.
BACA >>> Bentley Hasilkan Mainan Garaj Kayu dan Kereta Mainan untuk Si Cilik
Model cilik ini diilhamkan daripada jentera trek McLaren paling ekstrem ketika pelumba legenda Ayrton Senna menjadi juara dunia Formula Satu (F1) bersama McLaren.
Senna Ride-On dikhaskan kepada kanak-kanak berusia 3-6 tahun. Namun, pemandu F1 McLaren, Lando Norris pun boleh memuatkan badannya ke dalam kereta itu untuk diuji.
McLaren pada 2019 memperkenalkan 720S Ride On. Justeru model Senna ini menawarkan fungsi sama seperti pintu dihedral (buka ke atas) untuk akses mudah. Dalam kabin, si cilik boleh memulakan perjalanan dengan menekan butang penghidup tekan (push button) dan mengaktifkan bunyi enjin McLaren Senna.
BACA >>> Ferrari Enzo (2003) dengan Odometer 2,011km Ini Dijual RM11.3j!
Lagi ciri menarik, Senna Ride-On dilengkapi muzik yang dimainkan menerusi unit infotainment dengan capaian fail daripada peranti USB atau kad memori SD. Ia turut dilengkapi brek yang boleh berfungsi, termasuk lampu brek. Perincian juga dibikin sempurna dan sepadan dengan jenama dibawa.
Ada lima warna ditawarkan Black, White, Mira Orange, Vega Blue dan Memphis Red, serta ada satu lagi warna eksklusif untuk penjual McLaren iaitu kuning dengan hijau yang merujuk kepada helmet lumba milik Senna.
Senna Ride-On dijual pada harga £375 (RM2,060) untuk pasaran Britain dan sudah boleh dipesan menerusi Penjual McLaren dan penjual mainan terpilih.
BACA >>> Restorasi Sempurna, McLaren F1 Ini Ibarat Baru Keluar dari Kilang
Leave a Reply