• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja

Padah Menimpa HRC, Repsol Honda Kerana Harapkan Marquez Sahaja

August 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM 2020 tanpa kelibat Marc Marquez dalam Kejuaraan Dunia MotoGP memberikan pengajaran berguna buatHonda Racing Corporation (HRC) bahawa pembangunan jentera lumba tidak boleh hanya bergantung kepada seorang pelumba sahaja.

Selain pandemik dan kecederaan dialami Marquez, musim 2020 mungkin tahun terburuk buat HRC selama 40 tahun terakhir dalam kejuaraan dunia itu. Suka atau tidak situasi ini juga mendedahkan betapa Honda terlena dengan kejayaan diberikan Marquez.

BACA >>> Giliran Ducati Menyinar di GP Austria, Dovizioso dan Miller Raih Podium

Tahun ini bakal menjadi memori paling sukar dilupakan HRC kerana Marquez setakat ini masih tidak mengumpul sebarang mata selepas tiga perlumbaan MotoGP.

Sebaliknya, pesaing Fabio Quartararo daripada Petronas Yamaha SRT sudah mengumpul 59 mata. Honda turut berada di kedudukan ke-4 dalam kategori pengilang, jauh ketinggalan daripada pasukan utama lain.

alberto-puigg-marc-marquez-bg
Alberto Puig_2
Alberto Puig_1

Ini jelas malapetaka besar buat Honda. Malah, ketika wartawan MotoGP.com, Simon Crafan mengajukan soalan kepada bos HRC, Albert Puig, beliau jelas tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya.

Crafan bertanya; “Adakah Honda perlukan pelumba terbaik di dunia untuk boleh menguasai RCV?”

Puig menjawab; "Kami sudah menang tujuh kejuaraan dunia terakhir, sukan perlumbaan adalah tentang menang. Kami ada pakej tertentu dan begitulah adanya.”

BACA >>> Puig: Plat Tangan Marquez Patah Ketika Buka Tingkap, Bukan Berlumba

PASUKAN LAIN REKRUT BAKAT MUDA, HONDA SETIA DENGAN MARQUEZ

Rossi:Marquez
maverick-vinales-dan-fabio-quartararo-bg
JACK MILLER

HRC nyata mengabaikan proses merekrut bakat muda untuk kelas MotoGP kerana merasakan sudah cukup memiliki Marquez.  Tidak seperti pesaing lain, misalnya Ducati merekrut pelumba seperti Andrea Iannone, Jack Miller, Danilo Petrucci dan Francesco Bagnaia serta sekarang Jorge Martin.

Suzuki pula memasukkan dua mantan pelumba Honda, Alex Rins dan Joan Mir yang meraih podium kedua di GP Austria, semalam. Begitu juga Yamaha, mengetengahkan pelumba generasi pertengahan seperti Maverick Vinales, Jonas Folger, Johann Zarco dan Fabio Quartararo. KTM juga tidak terkecuali, pasukan itu ada pelumba muda seperti Miguel Oliveira dan Brad Binder yang menjadi juara GP Czech, minggu lalu.

Sebaliknya, HRC hanya membiarkan pelumba generasi 30-an ke atas seperti Dani Pedrosa dan Cal Crutchlow untuk menemani Marquez sejak 2013. Malah, Miller pun berhijrah ke Ducati selepas tiga tahun bersama HRC kerana Honda tidak lagi mempercayainya. Sukar sekali hendak melihat HRC mencari bakat muda luar biasa seperti Quartararo atau Mir.

Malah, Lorenzo dibawa ke HRC pada 2019 ketika usia pelumba itu 33 tahun. Itupun gagal menyerlah seakan jentera RC213V itu sengaja dibuat khas untuk Marquez.

HONDA PERLU PERTIMBANG SEMULA STRATEGI

Tahun ini segalanya berubah dan HRC perlu menimbangkan semula strategi untuk hanya menumpukan kepada seorang pelumba sahaja. Dengan situasi kecederaan dialami Marquez, Honda kini bergelut dengan impak buruk ke atas pasukan dek terpaksa bergantung kepada seorang pelumba.

Maklumlah, segalanya berjalan lancar bertahun-tahun lama apabila pelumba kesayangan pasukan itu menjadi juara demi juara, termasuk mengungguli kelas pengilang secara sendirian, tahun lalu. Namun apakah berlaku jika Marquez cedera seperti sekarang? Adakah Honda pernah fikirkan mengenai hal ini?

BACA >>> Video Honda City RS Tapau Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!
BACA >>> Indonesia Jadi Lokasi Pembangunan Honda CBR250RR-R dengan Enjin 4-Silinder?

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, Alberto Puig, Honda, Honda HRC, Honda Racing Corporation (HRC), Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marquez, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev