• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK

#RetroAuto: Suzuki Wagon R+ Kompak dari Jepun yang Pernah Laku Keras di UK

August 21, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA kompak atau keicar boleh dianggap sebagai budaya automotif Jepun. Walaupun Jepun bukan negara pemula dalam revolusi automotif, tetapi model kereta kecil itu kini menjadi antara jenis kenderaan kegemaran ramai pengguna di sana.

Istimewa tentang keicar, kereta kecil itu banyak dieksport ke luar negara walaupun asas rekaan adalah mengikut cita rasa pembeli di Negara Matahari Terbit tersebut.

Antara contoh kejayaan keicar adalah kemunculan Perodua Kancil yang laku keras di Malaysia, dan pelbagai model lain yang diadaptasi daripada Daihatsu. Malah, kembar Kancil, iaitu Daihatsu Mira dieksport ke Britain.

BACA >>> #RetroAuto: Van Keicar Suzuki Every yang Laris di Jepun, Sudah 3 Juta Unit Terjual

SUZUKI WAGON R MENAKLUK JEPUN

Suzuki Wagon R (1993)

Suzuki Wagon R adalah antara contoh bagaimana kereta Jepun dieksport ke Eropah. Model dengan gaya badan tinggi ala Perodua Kenari dijual itu di Britain dan Eropah pada 1997. Model ini kali pertama diperkenalkan di Jepun pada 1993 dan menerima sambutan hangat daripada kalangan pembeli sana.

Menjelang Oktober 1996, Wagon R terjual lebih 500,000 unit dan tujuh tahun kemudian mencecah angka dua juta unit! Selain popular hingga mendominasi jualan kereta penumpang kecil bawah 660cc, Wagon R turut diiktiraf sebagai Kereta Baharu Terbaik di Jepun.

BACA >>> Daihatsu Perkenal 4 Model Konsep Keicar Serba Praktikal

WAGON R+ UNTUK UK

Suzuki Wagon R+ (1997)

Menyedari konsep unik Wagon R mampu memikat pembeli luar Jepun, terutama Eropah, Suzuki memutuskan membangunkan Wagon R+ yang dilancarkan di Eropah pada 1997. Tidak terhenti di situ, model pengganti diperkenalkan pada 2000.

Suzuki Wagon R+ (2000)

Wagon R+ atau dikenali sebagai Wagon R Wide di Jepun mempunyai ukuran lebih lebar dan berkuasa berbanding Wagon R.

Suzuki Wagon R+ (2004)

Model 2004 untuk Britain menampilkan gaya depan dan enjin 1.3L VVT-i baharu, kemasan dalaman dan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD).

Antara ciri unik Wagon R+ ialah pintu boleh dibuka luas dan posisi kerusi tinggi yang memudahkan akses keluar-masuk selain cermin depan luas untuk tahap pandangan baik. Saiz badan kompak pula menjadikan model ini praktikal digunakan dalam bandar.

Itu cerita belasan tahun lalu, tetapi sekarang masihkah ada kereta kompak seperti ini di Britain? Ya ada, ini kerana permintaan untuk kereta kecil tidak luput. Lihat saja MINI 3-pintu atau Fiat 500. Suzuki pula menawarkan warisan dan kepakaran dalam kereta kompak menerusi Swift dan Ignis di negara Eropah itu.

BACA >>> Suzuki Across (2021) - Model Jenama Semula daripada RAV4 Prime PHEV untuk Eropah

Suzuki Wagon R 2004
Suzuki Wagon R+ UK 01
Suzuki Wagon R+ UK
Suzuki Wagon R+ UK 02

Related

165
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Keicar, Roda4, Suzuki, Suzuki UK, Suzuki Wagon R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev