• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sentuhan Ad Hoc Cafe Racers Bangkitkan Semangat Yamaha XSR700 Otokomae

Sentuhan Ad Hoc Cafe Racers Bangkitkan Semangat Yamaha XSR700 Otokomae

July 21, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA sangka kerjasama khas ini dapat menghasilkan sebuah karya agresif dan bertenaga pada model Yamaha XSR700 Otokomae, yakni unit street tracker yang bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.

Ad Hoc Cafe Racers, iaitu pembikin motosikal kustom dari Sepanyol bukanlah pertama kali bereksperimen dengan model Yamaha. Terdahulu, mereka pernah melakukan modifikasi ke atas model  XJ650 dan XJ750. Tetapi menerusi model kali ini, yang dinamakan Yamaha XSR700 Otokomae,  si pereka, David Gonzales memilih campuran warna berani untuk menyerlahkan identiti jentera ini dengan pilihan kuning dan biru sebagai mewakili warna historik Yamaha Racing.

Bagi mendapatkan lebih gaya ikonik, Gonzales mengubah bahagian depan Yamaha XSR700 Otokomae dengan menambah beberapa alat ganti asli model Yamaha lain. Antaranya menjadikan MT-09 sebagai model asas rekaan, manakala klac, fork depan, brek cakera, silinder induk brek (brake master cylinder) dan bar hendal menggunakan alat ganti YZF-R6. Lampu depan dan braket pula milik MT-01, tetapi cuma tangki minyak masih dipertahankan keaslian rekaan.

yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (12)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (5)

GAYA STREET TRACKER

Rim Borrani yang dibalut tayar Michelin memberikan perlindungan maksimum. Radiator disembur cat hitam yang diadun bersama blok enjin. Kotak penapis udara ditanggalkan dan diganti penapis berkuasa untuk membuka satu ruang tengah.

Ekzos standard Yamaha XSR700 Otokomae ditukar kepada jenis sistem SC Project untuk deruman lebih buas. Ketinggian pelana dinaikkan 15mm bersama penyerap hentak Gears Racing dan pelana kustom daripada material kulit lembu berkualiti tinggi. Hasilnya, Yamaha XSR700 Otokomae kini siap sebagai sebuah karya cukup menggiurkan.

Ya, gaya street tracker benar-benar cocok dengan Yamaha XSR700 Otokomae. Sebenarnya, tanpa kerja modifikasi major pun sudah mampu menyerlahkan semangat XSR tanpa perlu mengorbankan sisi keseronokan tunggangan jentera berkenaan.

GALERI

yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (4)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (3)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (6)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (7)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (13)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (9)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (8)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (11)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (1)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (10)
yamaha-xsr700-otokame-pandu laju (2)

Related

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ad Hoc Cafe Racer, street tracker, Yamaha, Yamaha XSR700 Otokomae

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev