• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Honda City RS 'Tapau' Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!

Video Honda City RS 'Tapau' Habis Vios, Camry, Bezza, Myvi, Almera dan CX-5!

August 14, 2020 By Azhan O Leave a Comment

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERENTAK pembukaan pratempahan Honda City serba baharu, Honda Malaysia turut memuat naik video klip model sedan segmen-B itu yang nyata unik dan lain daripada lain.

Kami boleh katakan ini ialah video klip pertama paling berani pernah dikeluarkan pengeluar automotif Malaysia yang secara berterus-terang menyindir pesaing lain.

BACA >>> Honda City Serba Baharu Buka Tempahan! Varian RS Tawar Enjin i-MMD, Tork 253Nm!


Sebenarnya video klip sebegini sudah biasa dilakukan pengeluar luar negara  yang saling memerli lawan masing-masing. Proton misalnya pernah menyiarkan iklan mengucapkan tahniah kepada Perodua sempena pelancaran Myvi baharu pada 2017 yang pada masa sama mempromosikan Iriz sebagai juara perlumbaan enduran Sepang 1000km 2017.


Namun apa dilakukan Honda Malaysia pada iklan City RS ini jauh lebih kreatif dan 'pedas' apabila tanpa berselindung menyindir dua lawannya Toyota Vios (sedan segmen-B), dan Toyota Camry (sedan segmen-D), serta turut terjebak sama ialah model lain seperti Perodua Bezza (sedan segmen-A), Perodua Myvi (hatchback segmen-B), Nissan Almera (sedan segmen-B) dan Mazda CX-5 (SUV segmen-C).

Babak pertama menunjukkan adegan Vios, City RS dan Camry di kawasan parkir. Vios dan Camry keluar lebih awal, tetapi City RS pula yang sampai dulu ke pagar parkir kerana lebih pantas mendaki.

Ini membuatkan pemandu Camry hairan bercampur geram, kenapa sedan Honda itu begitu pantas di depan? Pemandu Camry kemudian pantas memintas lawannya itu sebaik saja membayar parkir.

Dalam babak atas jalan, Camry dikatakan tiada cukup kuasa untuk memotong, tapi City RS dengan relaks dapat memotong sedan Toyota itu, termasuk deretan model lain seperti Almera, Myvi dan CX-5.

BACA >>> #Spyshot: Lagi Nissan Almera (2020) Ditemui di Putrajaya

Babak seterusnya, pemandu Camry sekali lagi geram kerana City RS masih di depan walaupun membawa empat penumpang (siap selesai membeli-belah). Jadi untuk membuatkan kereta lebih ringan, si pemandu Camry tergamak meninggalkan tiga rakannya semata-mata untuk bersaing dengan City RS. Hmm...

Lagi sekali babak atas jalan. Kali ini Camry berdepan pula masalah lengah di selekoh, tak cukup kick! Sekali lagi City RS memintas sedan mewah Toyota itu. Hinggalah sampai di laluan jalan dua hala, City RS memotong pula Bezza yang seakan bergelut hendak mendaki bukit untuk ke destinasi.

Ketika penumpang City RS asyik bersembang sambil minum petang di kafe, barulah Camry tadi tiba di tempat sama. Jelas sekali riak muka pemandu yang penuh kecewa kerana lambat sampai.

Akhir video klip disiarkan statistik perbandingan tork antara City RS (253Nm) dan pesaing lain yang kita sendiri boleh meneka jenis model dimaksudkan itu. Paling lucu sudah tentu kelibat Vios. Sejak keluar dari petak parkir pada awal video, teru tidak nampak kelibat dan cuma muncul akhir cerita. Itupun hari sudah gelap dan kafe sudah tutup. Haha! 😂

BACA >>> Filipina Lancar Toyota Vios (2020) Facelift dengan Rupa Diperbaharui

GALERI
iklan-honda-city-rs-2020-1
iklan-honda-city-rs-2020-2
iklan-honda-city-rs-2020-3
iklan-honda-city-rs-2020-4
iklan-honda-city-rs-2020-5
iklan-honda-city-rs-2020-6
iklan-honda-city-rs-2020-7
iklan-honda-city-rs-2020-8
iklan-honda-city-rs-2020-9
iklan-honda-city-rs-2020-10
iklan-honda-city-rs-2020-11
iklan-honda-city-rs-2020-12

 

Related

11.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda City RS, Honda City RS i-MMD, Honda Malaysia, Iklan Honda City RS, Roda4, sedan segmen-B, sedan subkompak, video, Video Klip, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev