• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Leoncino 800 (2020) Lancar di China, Harga Mula RM33.7k

Benelli Leoncino 800 (2020) Lancar di China, Harga Mula RM33.7k

August 14, 2020 By Aryon 1 Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI Leoncino 800 yang sebelum ini debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, dilancarkan untuk pasaran China dalam dua varian, rim aloi dan rim jejari.

varian rim aloi dijual pada harga 55,800 yuan (RM33,720), manakala varian rim jejari yang serasi tayar tiubles berharga 59,800 yuan (RM36,140).

BACA >>> #EICMA2019: Benelli Leoncino 800 Trail, Leoncino 800 Masuk Malaysia Hujung 2020!

Dibina berasaskan frem kekuda tiub (tubular truss), Leoncino 800 didatangkan dengan pencahayaan LED penuh, lampu utama bentuk bujur, kluster instrumen TFT, tangki minyak 15 liter, pelana lekuk (step-up), tongkat tengah dan motif singa Pesaro pada fender depan.

Trenkuasa dijana enjin 8-injap dwi-silinder 754cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 75hp @ 9,000rpm dan tork 67Nm @ 6,500rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Komponen lain dimiliki sportbike middeweight ini ialah sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Sistem brek menggunakan dwi-brek cakera 320mm dengan kaliper monoblok radia 4-piston di depan dan cakera tunggal 260mm dengan kaliper 2-piston di belakang.

Leoncino 800 pernah dilaporkan akan memasuki pasaran Malaysia hujung tahun ini, tetapi tiada maklumat terkini mengenai status terbaharu model tersebut berikutan krisis Covid-19.

BACA >>> Benelli Leoncino 250 (2020) Lancar di China dengan Rim Merah Jambu

GALERI
benelli-leoncino-800-china-13
benelli-leoncino-800-china-14
benelli-leoncino-800-china-8
benelli-leoncino-800-china-9
benelli-leoncino-800-china-10
benelli-leoncino-800-china-11
benelli-leoncino-800-china-12
benelli-leoncino-800-china-1
benelli-leoncino-800-china-2
benelli-leoncino-800-china-3
benelli-leoncino-800-china-4
benelli-leoncino-800-china-5

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: benelli, Benelli Leoncino 800 (2020), Middleweight, naked bike, roda2, Sportbike Middleweight

Comments

  1. Jan says

    August 15, 2020 at 5:55 PM

    spec biasa2 je walaupun 800cc, saing2 MT07 je.

    rupa dia agak pelik, tapi lagi cantik dari leoncino 500.

    Hong Leong yamaha pulak x nak masukkan model XSR700. hmmmm

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev