• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda City Serba Baharu Buka Tempahan! Varian RS Tawar Enjin i-MMD, Tork 253Nm!

Honda City Serba Baharu Buka Tempahan! Varian RS Tawar Enjin i-MMD, Tork 253Nm!

August 14, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

11.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Malaysia membuka tempahan Honda City serba baharu di semua pusat jualan seluruh negara. Sedan segmen-B generasi kelima itu didatangkan dalam empat pilihan varian dengan penampilan lebih moden, pecutan superior dan ciri termaju dalam kelas.

Salah satu varian City serba baharu akan membuat debut global di Malaysia, iaitu City RS i-MMD pada suku keempat tahun ini. Buat kali pertama, City RS menampilkan trenkuasa baharu i-MMD yang dikenali sebagai e:HEV di peringkat global.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda City Serba Baharu Dikesan di AKLEH

Trenkuasa i-MMD sebelum ini hanya dilancarkan pada barisan model Honda lebih besar. Dalam usaha memperkenalkan teknologi canggih untuk semua model Honda lain, pasukan jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda bertungkus-lumus mengadaptasikan teknologi i-MMD yang lebih padat dan cekap buat kenderaan lebih kecil.

Trenkuasa i-MMD dimiliki City RS menawarkan tork tinggi yang terbaik dalam kelas, iaitu setinggi 253Nm untuk memberikan pecutan lancar dengan memberikan prestasi lebih baik berbanding model segmen-C. Malah setanding prestasi model segmen-D dengan enjin aspirasi natural (NA) 2.5L.

City serba baharu dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC, iaitu enjin terbaharu dalam segmen itu yang menjanjikan keseimbangan prestasi dan kecekapan bahan api terbaik. Varian RS dan V akan menerima teknologi LED pada lampu utama, lampu siang (DRL) dan lampu belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Teknologi i-MMD Honda Gabungkan Manfaat Enjin Petrol, Hibrid dan EV

Frem pintu hitam memberikan penampilan warna dwi-tona yang menyerlahkan personaliti City RS.  Varian RS dan V turut menerima rim aluminium 16 inci dwi-tona dan dibekalkan ciri keselamatan termaju, iaitu Honda LaneWatch untuk  memantau titik buta. City RS juga memiliki brek parkir elektrik (EPB), yang juga model pertama memiliki ciri itu dalam segmen-B.

Seiring pengumuman pengecualian cukai yang diumumkan Kerajaan untuk pembelian kereta baharu, Honda Malaysia menawarkan baucar servis RM1,000 di bawah program pratempahan khas City serba baharu.

Pelanggan yang berminat dijemput menyertai jelajah seluruh negara anjuran Honda bermula 24 Ogos ini untuk menyaksikan tayangan perdana dunia City RS i-MMD.

BACA >>> Kenapa Orang Malaysia Minat Sangat Honda City?

Jom kita layan dulu video klip padu City serba baharu. Semua kereta kena tapau! 😅

GALERI
honda-city-2020-1
honda-city-2020-3
honda-city-2020-5
honda-city-2020-4
honda-city-2020-7
honda-city-2020-6
honda-city-2020-2

Related

11.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda, Honda City 2020, Honda City RS i-MMD, Honda Malaysia, tempahan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev