• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benelli Leoncino 250 (2020) Lancar di China dengan Rim Merah Jambu

Benelli Leoncino 250 (2020) Lancar di China dengan Rim Merah Jambu

August 13, 2020 By Aryon 1 Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI mengemas kini portfolio produk di pasaran China dengan melancarkan Leoncino 250 (2020).

Naked bike suku liter itu dijual pada harga 19,990 yuan (RM12,080), manakala warna khas, perak dengan rim merah jambu  berharga 20,500 yuan (RM12,390).

BACA >>> #Spyshot: Benelli 600RR Bakal Muncul dalam Dua Varian

Selain pilihan warna perak dengan rim merah jambu, Leoncino 250 (2020) juga menawarkan empat pilihan warna baharu lain, terdiri daripada merah, kelabu, putih, dan coklat. Ciri lain adalah sama seperti model terdahulu, seperti lampu LED penuh, dan kluster instrrumen digital.

Bagaimanapun, aspek mekanikal tidak berubah, Leoncino 250 (2020) dijana enjin silinder tunggal 249.4cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 26.8hp @ 10,500rpm dan tork 20.5Nm @ 8,500rpm, manakala transmisi jenis manual 6-kelajuan. Ciri premium lain dimiliki ialah frem trellis tiub keluli, fork terbalik (USD) 41mm, monoshock boleh laras prabeban dan brek cakera petal di kedua-dua roda.

Walaupun tiada sebarang maklumat rasmi mengenai ketibaan Leoncino 250 (2020) ke Malaysia, kami menjangka ia memasuki pasaran tempatan tahun depan. Leoncino 250 sedia ada dilancarkan di Malaysia sudah hampir setahun di psaran sejak dilancarkan September tahun lalu pada harga RM13,888 untuk varian standard, dan RM14,688 (varian) ABS.

BACA >>> Benelli TRK 251, Leoncino 250 Lancar di Malaysia, Harga Serendah RM13.8k Sahaja!

SUMBER: BikeWale

Related

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Benelli Leoncino 250, Benelli Leoncino 250 (2021), China, naked bike, roda2, streetbike

Comments

  1. Jan says

    August 14, 2020 at 11:09 AM

    dah kenapa pink pulakkkk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev