BERITA baik buat pemilik kenderaan, Caltex Lubricants kembali dengan kempen Street Borne yang mana setiap pembelian produk Havoline, Delo Sports dan Techron, pelanggan akan mendapat barangan Edisi Terhad Street Borne.
Antara hadiah menarik ditawarkan ialah beg sandang, beg dada, beg tali cerut dan topi. Promosi ini sah hingga 30 September selagi stok masih ada. Setiap produk Caltex itu dibungkus bersama barangan Street Borne dalam pek promosi.
BACA >>> Minyak Pelincir Caltex Havoline Direka Untuk Penjimatan Bahan Api
Berangan premium dalam pek promosi itu tidak dapat ditukar dengan wang tunai, barang atau kredit (sebahagian atau keseluruhan), dan promosi sah di stesen Caltex dan bengkel Havoline yang mengambil bahagian.
Pengurus Perniagaan Kawasan Kluster Asia Pasifik Chevron Lubricants, Muhammad Najam Shamsuddin yakin pelanggan setia Caltex akan memberikan respons luar biasa terhadap produk jenama itu.
"Pemberian ini adalah cara kami mengucapkan dan memulangkan semula terima kasih kepada pelanggan yang menyokong Caltex selama ini," katanya
Minyak enjin Caltex Havoline dengan teknologi terkini membantu melindungi enjin daripada kehausan pramatang. Produk Delo Sports pula dirumus khas untuk memenuhi permintaan kereta utiliti sukan (SUV) berkuasa diesel dan pacuan empat roda (4WD).
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Cara Pilih Minyak Pelincir Tulen yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply