• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Boleh Rentas Sempadan Thailand Sampai Awal 2021

Tidak Boleh Rentas Sempadan Thailand Sampai Awal 2021

August 13, 2020 By Wahid Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Thailand memutuskan menutup sempadan negara itu kepada pelancong asing hingga seawal-awalnya tahun depan. Menurut Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), langkah itu dibuat bagi membendung penularan wabak Covid-19.

TAT sebelum ini mencadangkan membuka semula sempadan negara itu buat pelancong asing dari negara seperti Vietnam, Australia, Jepun dan New Zealand, tetapi terpaksa ditutup memandangkan wabak itu kembali menular.

BACA >>> Foto Realistik Toyota Corolla Cross (2020) yang Baru Lancar di Thailand

TAT mengaku industri pelancongan di Thailand terjejas teruk sejak April lalu. Beberapa acara tahunan besar-besaran terpaksa dibatalkan seperti pesta Songkran, iaitu perayaan tahun baharu dalam kalendar Buddha. Turut terjejas ialah acara Phuket Bike Week yang sering diraikan serentak dengan pesta Songkran.

TAT juga bimbang dengan perayaan besar seperti Krismas dan Tahun Baru Cina kerana dua perayaan itu mencatatkan kadar kunjungan pelancong paling ramai ke Thailand yang mana pelancong akan melanjutkan cuti Krismas mereka hingga Tahun Baru Cina.

Menurut badan pelancongan itu, 2.5 juta daripada 4 juta pekerja yang terlibat dalam industri pelancongan dijangka hilang mata pencarian disebabkan penutupan sempadan.

Bangkok buat masa ini masih membenarkan sesetengah warga asing memasuki Thailand, tetapi hanya kepada kalangan pegawai kedutaan, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ahli perniagaan, kru perfileman, pelancong perubatan, kru pameran perdagangan dan pemegang visa Thai Elite. Bagaimanapun, semua pelancong perlu menjalani kuarantin 14 hari.

Jadi, kepada bikers kita yang suka ride rentas sempadan Thailand, anda kenalah bersabar dulu.

BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Ninja ZX-25R, Cuma Satu Varian SE ABS, Harga RM36k

SUMBER: TheThaiger

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: industri pelancongan Thailand, Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Pelancong ke thailand, Phuket Bike Week, Thailand, Thailand tutup sempadan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my