DIKELUARKAN sejak 1987, Yamaha TW200 (2021) bukanlah motosikal dual sport gaya vintaj. Sebaliknya mengimbas rekabentuk asli lama dengan enjin 2-injap jenis karburetor Mikuni 28mm SOHC penyejukan udara.
Bukan hanya retro dengan instrumen analog penuh, TW200 (2021) tampil menyerlah dalam dunia dual sport. Ciri unik paling ketara ialah rim diameter kecil 18 inci dan 14 inci yang dibalut tayar profil tinggi Bridgestone Trail Wing.
BACA >>> Ducati Scrambler 1000 Club Italia - Edisi Terhad 80 unit untuk Ahli Kelab Vintaj
Tayar kecil biasanya menyukarkan sesebuah motosikal ditunggang off-road terutama atas permukaan jalan berbatu, tetapi tapak tayar lebar membantu menstabilkan TW200 untuk meredah permukaan rupa bumi paling mencabar.
Meredah rupa bumi dengan TW200 mungkin sedikit perlahan kerana dipacu enjin bujur lintang (oversquare) 196cc, manakala travel suspensi tidak boleh dilaraskan dan secara relatif pendek dan keras.
Uniknya, TW200 ini sukar terbalik walaupun ditunggang perlahan kerana memiliki tayar lebar dan gemuk yang memberikan daya traksi dalam semua kondisi jalan. Tinggi pelana 790mm juga memudahkan motosikal ini dikendalikan.
Dengan kos senggara rendah, TW200 sesuai dijadikan motosikal urban asalkan anda bukan jenis penunggang yang gilakan kelajuan dan suka memulas terotel di lebuh raya. Sebabnya, ini bukan motosikal dual-sport yang menawarkan prestasi tinggi.
BACA >>> Honda Africa Twin CRF1100L (2020) dengan Enjin Lebih Berkuasa, Pengendalian Mantap
SPESIFIKASI
YAMAHA TW200 (2021)
ENJIN: 2-injap 4-lejang silinder tunggal 196cc SOHC penyejukan udara, karburetor Mikuni 28mm
TRANSMISI: Manual 5-kelajuan sirat malar (constant-mesh)
SISTEM SUSPENSI: Fork tidak boleh laras 160mm (depan); monoshock tidak boleh laras 150mm (belakang)
TAYAR: Bridgestone Trail Wing 130/80 x 18 (depan); 180/80 x 14 (belakang)
BREK: Cakera 220mm (depan); Dram 110mm
KAPASITI TANGKI: 6.8 liter
WARNA: Radical Gray
HARGA: AS$4,699 (RM19,705)
MUHAMMAD MUHAIMIN says
Nak beli dimana?
AO says
Tak masuk Malaysia