• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Street Triple R (2020) Kini di India, Harga RM49k

Triumph Street Triple R (2020) Kini di India, Harga RM49k

August 12, 2020 By Aryon Leave a Comment

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH Motorcycles melancarkan Street Triple R di India pada harga 884,000 rupee  (RM49,590), iaitu lebih murah 249,000 rupee (RM13,970) daripada Street Triple RS, dan ditawarkan dalam dua pilihan warna, Sapphire Black (hitam) dan Matt Silver Ice (perak).

Ini ialah kali pertama pengeluar British itu melancarkan Street Triple R di India. Varian RS adalah antara motosikal terbaik dalam segmen itu, manakala pelancaraan varian R itu dilihat sebagai usaha Triumph untuk cuba melebarkan pasaran model streetfighter tersebut.

BACA >>> Triumph Street Triple RS (2020) Kini di Malaysia, Harga RM67.9k!

Sapphire Black
Matt Silver Ice

Bagi edisi 2020, Street Triple R mendapat kemas kini rekabentuk dengan enjin patuh BS6. Gaya badan masih mengekalkan lampu utama LED kembar dengan lampu siang (DRL) LED, penutup (shroud) tangki minyak direka semula dan seksyen ekor lebih slik.

Spesifikasi mekanikal dijana enjin 4-lejang 12 injap 3-silinder sebaris 765cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 116hp @ 12,000rpm dan tork 77Nm @ 9,400rpm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Ini ialah trenkuasa sama digunakan model perdana Street Triple RS (121hp, 77Nm).

Dari segi ciri, Street Triple R ini dibekalkan Quick Shifter, Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan panel instrumen LCD. Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) Showa 41mm di depan dan monoshock Showa dengan reservoir piggyback di belakang.

Sistem brek jenis cakera kembar 310mm Brembo dengan kaliper monoblok radial 4-piston di depan dan cakera tunggal 220mm Brembo dengan kaliper piston tunggal dan ABS.

Instrumen multifungsi LCD memaparkan spidometer digital, tolok minyak, trip, takometer analog, pemasap lap, indikator posisi gear, lampu anjakan gear diprogram, jam, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan tiga mod tunggangan.

Tempahan model streetfighter itu kini dibuka di semua wakil pengedar Triumph seluruh India, dan penghantaran dijadualkan bermula penghujung bulan ini.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Diumum Motosikal Tercantik di EICMA 2019!

GALERI

Related

101
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: India, roda2, streetfighter, Triumph Motorcycles, Triumph Street Triple R, Triumph Street Triple R (2020), Triumph Street Triple RS (2020), Triumph Triple R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my