• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda SH300i Total Black Edition Boleh Dibeli di Vietnam, Harga RM54.2k

Honda SH300i Total Black Edition Boleh Dibeli di Vietnam, Harga RM54.2k

August 11, 2020 By Aryon Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TREND warna serba hitam bukan dunia kereta saja, tetapi turut menular dalam pasaran motosikal.

SATU pengedar motosikal persendirian di Vietnam membawa masuk skuter edisi khas, SH 300i Total Black Edition yang dijual pada harga 300 juta dong (RM54,240).

Honda SH300i ialah skuter maksi paling popular di pasaran Vietnam yang sedia ada dalam barisan model Honda Vietnam. Menariknya, model skuter ini turut dibawa masuk pengedar persendirian, dan salah satu daripada model itu ialah varian khas dipanggil Total Black Edition.

honda-sh300i-abs-vietnam-1
honda-sh300i-abs-vietnam-2
honda-sh300i-abs-vietnam-3
honda-sh300i-abs-vietnam-4

Honda SH300i ABS Standard

Dilancarkan pada Januari lalu sempena pameran Motor Bike Expo 2020, SH300i Total Black Edition adalah satu daripada dua varian khas SH300i di Itali yang dibawa masuk pengedar persendirian di daerah Binh Thanh.

BACA >>> Xiaomi Lancar e-Skuter Paling Murah, Ninebot C30 dengan Harga RM2.1k Sahaja

Berbanding model standard yang dijual Honda Vietnam, SH300i Total Black Edition ini sebenarnya tiada perbezaan dari segi gaya. Satu-satunya perbezaan utama yang menunjukkan itu ialah skuter edisi khas adalah warna hitam, sama seperti namanya.

honda-sh300i-black-edition-11
honda-sh300i-black-edition-12
honda-sh300i-black-edition-10
honda-sh300i-black-edition-5

Perincian logam turut disalut kemasan hitam berkilat, termasuk kontur badan, dan fasia depan. Malah absorber, perumah enjin dan pelapik ekzos juga dihitamkan sepenuhnya. Begitu juga pelana, hitam dengan kontras sulaman benang merah. Di bawah pelana tersimpan tangki minyak berkapasiti 9 liter dan ruang simpanan 19 liter.

SH300i Total Black Edition memiliki dimensi panjang 2,131mm, lebar 728mm dan tinggi 1,193mm, manakala jarak roda 1,438 mm, dan berat 169kg.

Ciri dan teknologi pula kekal sama seperti varian standard. Kluster instrumen dibahagikan kepada 3 zon dengan spidometer di tengah dan dua submeter di sebelah. Sama seperti model skuter maksi lain di Vietnam, SH300i tidak diberikan meter digital walaupun ciri itu ada pada model skuter bawahan seperti SH125i/150i dan Air Blade

Dari depan, skuter ini didatangkan dengan dua dek lampu utama dengan logo SH di tengah dan lampu posisi bentu V. Semua lampu adalah LED. Di belakang terdapat bar hendal besar berwarna hitam berkilat, lampu belakang bentuk V rekaan tajam, juga dengan teknologi LED.

SH300i Total Black Edition dilengkapkan dengan fungsi penghidup tanpa kunci (keyless) dengan kunci pintar. Sama seperti model standard, varian edisi khas ini dijana enjin silinder tunggal 279cc penyejukan cecair berkuasa 25.2hp @ 7,500rpm dan tork 25.5Nm @ 5,000rpm.

Antara teknologi yang ada pada SH300i Total Black Edition adalah sistem kawalan tork, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan brek dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Menurut wakil pengimpor itu, SH300i Total Black Edition dijual pada harga 300 juta dong (RM54,240), sedikit lebih mahal daripada varian Standard, 276 juta dong (RM49,890).

GALERI
honda-sh300i-black-edition-1
honda-sh300i-black-edition-2
honda-sh300i-black-edition-3
honda-sh300i-black-edition-5
honda-sh300i-black-edition-6
honda-sh300i-black-edition-7
honda-sh300i-black-edition-8
honda-sh300i-black-edition-9
honda-sh300i-black-edition-10
honda-sh300i-black-edition-11
honda-sh300i-black-edition-12

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda SH300i ABS, Honda SH300i Black Edition, Honda Vietnam, Kapcai, maxi scooter, roda2, skuter, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh
    Toyota Aygo X HEV 2026 - Crossover Segmen-A Teknologi Hibrid Penuh

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev