• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 'Real Killer' 250cc Menanti Masa, Debut Honda CBR250RR Semakin Hampir

'Real Killer' 250cc Menanti Masa, Debut Honda CBR250RR Semakin Hampir

July 18, 2016 By Admin PanduLaju Leave a Comment

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Honda CBR250RR
NAMPAKNYA kehadiran model real killer Honda kelas 250cc semakin hampir. Buktinya, sedutan klip video teaser Honda CBR250RR serba baharu sudah dimuat naik dalam akaun rasmi Welovehonda Indonesia pada 11 Julai lalu. Susulan kemunculan teaser tersebut di laman Youtube, majalah permotoran Jepun, Young Machine menyatakan Honda CBR250RR bakal dilancarkan 23 Julai ini.

Young Machine menerusi status Facebook menyebut PT Astra Honda Motor kini sedang mengumpul maklumat untuk pelancaran model itu di Indonesia. Ini bermakna, Honda CBR250RR bakal melakukan kemunculan perdana di Indonesia, sekali gus menjadi negara pertama menerima unit tersebut.

Berkonsepkan Expected The Unexpected, motosikal sport taruhan Honda itu secara fizikal cukup bengis yang didokong enjin 250cc, dua silinder yang dibangunkan dengan kod projek K64A. Jika dilihat imej video, Honda CBR250RR dilengkapi suspensi terbalik (upside-down) bersama pemasangan sistem brek Nissin.

Malah, Honda juga memilih padanan lampu siang (Daytime Running Light) yang tampak menyerlahkan personaliti lebih garang motosikal berkenaan. Setakat ini, masih tidak banyak maklumat diketahui dan hanya terbatas pada perincian video. Apapun, anda pasti kagum dengan ciri diketengahkan Honda CBR250RR.

 

Related

267
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CBR250RR 2017, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my