NISSAN belum mengesahkan maklumat mengenai perubahan enjin untuk generasi baharu GT-R yang kini sudah mencecah usia 13 tahun.
Pujian patut diberikan kepada Nissan kerana berani meletakkan harga cukup kompetitif buat GT-R, iaitu cuma separuh daripada harga pesaing lain dalam kelas sama. Ini secara tidak langsung membantu model ini mendominasi pasaran supercar dengan cukup lama.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?
Namun, sudah tiba masa untuk GT-R dikemas kini dan dinaik taraf supaya kekal relevan dengan perkembangan teknologi masa kini.
GT-R generasi baharu dijangka dilancarkan seawal 2023. Desas-desus mengatakan model ini kelak akan dijana enjin hibrid dengan sistem brek regeneratif. Bagaimanapun, Nissan enggan mengesahkan berita tersebut.
Nissan mungkin menggunakan enjin depan jenis pengecas turbo dan sistem pacuam semua roda (AWD) yang sama untuk bersaing dengan Porsche 911 Turbo. Juga ada kemungkinan Nissan menghasilkan model baharu dengan enjin tengah (mid-engine) yang sama seperti Honda NSX (foto atas).
GT-R sekarang ini dikuasakan enjin V6 3.8L Twin-Turbo berkuasa 565hp dan tork 633Nm dengan kelajuan 0-100kmj sepanntas 2.7 saat.
Naik taraf terbaharu model itu dibuat tahun lalu menerusi pengenalan GT-R Nismo (foto bawah) yang menawarkan prestasi tertinggi. GT-R (2020) menampilkan aerodinamik dinaik taraf, termasuk pemasangan bampar depan ala model lumba GT3, manakala bonet, panel sisi dan bumbung daripada gentian karbon.
BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2020) Mula Dijual di UK, Harga RM900k
Leave a Reply