HONDA Motocompo kali pertama diperkenalkan pada 1981 dan cuma sempat bertahan dua tahun sahaja. Terbaharu, pengeluar automotif dari Jepun itu dilaporkan mahu menghasilkan Motocompo generasi baharu dengan nama 'Motocompacto'.
Walaupun menjadi antara model motosikal ikonik Honda, tetapi usia Motocompo tidak lama. Motosikal boleh lipat dengan enjin 2-lejang ini sempat menjengah pasaran pada 1981 hingga1983 dengan jualan kira-kira 54,000 unit.
BACA >>> Xiaomi Malaysia Tawar Skuter Elektrik Boleh Lipat, Harga RM1699 Sahaja
Kini, motosikal itu akan dijelmakan semula dengan rekabentuk lebih moden dan futuristik berdasarkan maklumat yang mengatakan Honda baru saja menfailkan permohonan tanda dagang di Pejabat Paten dan Tanda Dagang Amerika Syuarikat (USPTO) untuk nama 'Motocompacto'.
Walaun nama dipatenkan itu tidak sama, model Honda baharu tersebut sememangnya mirip dengan Motocompo. Malah, Honda pernah menayangkan model konsep Motocompo Concept pada Pameran Motor Tokyo (TMS) 2011.
Dengan trend elektrifikasi masa kini, Motocompacto dijangka dipacu trenkuasa elektrik dan bukan enjin pembakaran dalaman seperti Motocompo.
BACA >>> Paten Dedahkan Honda Super Cub Electric Kini dalam Pembikinan
Rekabentuk asal Motocompo adalah dalam bentuk segiempat dengan dimensi panjang 1,185mm, lebar 535mm dan tinggi 910mm, manakala berat cuma 50kg. Trenkuasa pula menggunakan enjin 2-lejang 49cc berkuasa 2.5hp @ 5,000rpm dan tork 3.7Nm @ 4,500rpm.
Buat masa ini tiada maklumat rasmi mengenai debut Motocompacto. Mungkin pelanggan perlu menunggu sekurang-kurangnya 1-2 tahun. Adakah Motocompacto itu akan berwajah serupa seperti model konsep Motocompo Concept yang ditayangkan di TMS 2011?
BACA >>> Hummingbird - Basikal Lipat Paling Ringan di Dunia dengan Harga Gulppp...
Jan says
serious comel motocompo ni, teringin nak beli sebijik yang 2 stroke punya haha
electric pon oklah, maklumlah peredaran zaman.
simpan sebijik belakang but kereta, boleh parking jauh, lepas tu pakai motor pergi kerja/mall. best !