MODEL klacik MV Agusta Superveloce 800 rasmi dilancarkan untuk pasaran Eropah dalam dua versi pada harga bermula AS$22,200 (RM93,170).
Selepas hampir setahun menyiarkan foto pertama Superveloce 800 (2020), MV Agusta akhirnya mendedahkan perincian spesifikasi sportbike tersebut. Di Eropah, model ini dijual pada harga AS$22,200 (RM93,170) untuk versi Standard dan AS26,700 (RM112,060) untuk versi lebih premium, Serie Oro.
BACA >>> 5 Unit Pertama MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Siap Dipasang Pasca Covid-19
Superveloce 800 dijana enjin 3-silinder sebaris yang dikongsi bersama model F3, berkapasiti 799cc berkuasa 148hp @ 13,000rpm dan tork 88Nm @ 10,600rpm. Jika dipasangkan pakej lumba, kuasa sportbike middleweight ini mampu dilonjakkan kepada 153hp @ 13,250rpm.
Tidak seperti F3, enjin Superveloce 800 ditala untuk mendapatkan respon terotel yang lebih fleksibel. Ada empat mod tunggangan disediakan, iaitu Sport, Race, Rain dan Race versi kustom. Sistem suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) Marzocchi 43mm di depan dan monoshock Sachs di belakang.
Berbanding model Standard, Superveloce 800 Serie Oro diberikan komponen karbon, penutup tangki minyak CNC dengan trim kulit, sistem ekzos Arrow dan rim Kineo bentuk bintang.
Superveloce 800 debut sebagai model konsep pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 yang menggabungkan rekabentuk klasik dan moden. Sportbike ini memiliki gaya sebuah cafe racer dengan panel kepala nostalgik, lampu utama dan lampu belakang bulat, dan pelana tunggal. Namun, dengan perincian rapi, model unik ini nampak sangat moden.
Di sebalik rekabentuk klasik, sistem pencahayaan model ini menggunakan teknologi LED. Superveloce 800 dilengkapkan kluster instrumen TFT 5 inci yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth untuk kawalan mod tunggangan, kawalan traksi dan ciri lain.
BACA >>> MV Agusta Lancar Brutale, Dragster 800 RR SCS (2020) dengan Sistem Klac Pintar
Leave a Reply