PELUMBA Afrika Selatan, Brad Binder mengejutkan pemerhati dan peminat MotoGP apabila menjadi juara GP Brno yang kali pertama diraihnya, dan juga pertama untuk pasukan Red Bull KTM Factory hanya selepas tiga kali membuat debut bersama pengeluar dari Austria itu.
Binder berentap sengit dengan Franco Morbidelli hingga perlumbaan berbaki 9 pusingan sebelum beliau dapat menjauhkan diri dari pelumba Petronas Yamaha itu dan tenang melepas garis penamat.
Selain menjadi podium pertama dalam MotoGP, kejayaan Binder juga cukup bermakna buat KTM Factory kerana itulah kali pertama pasukan pengilang itu mendapat podium juara sejak melakukan debut penuh dalam kelas premier MotoGP 2017.
Rata-rata pelumba bintang seperti Maverick Vinales, dan Fabio Quartararo seperti tidak serasi dengan trek Brno. Sebaliknya Morbidelli nampak tenang menghadapi cabaran litar Republik Czech itu dengan memintas rakan pelumba Quartararo seawal lap pertama.
Walaupun cuba memberikan saingan, Quartararo mendapati dirinya perlu mengatasi dulu cabaran Binder yang menunjukkan prestasi luar biasa dengan memintas pelumba grid pertama, Johann Zarco di Turn 3 pada lap kesembilan.
Morbidelli bagaimanapun gagal mengekalkan kelajuan pada separuh pusingan perlumbaan, dipercayai berpunca daripada masalah tayar belakang, sekali gus membenarkan Binder memintasnya ketika pusingan berbaki sembilan pusingan. Bermula situ, Binder langsung tak tercabar hingga garis penamat.
Morbidelli menamatkan perlumbaan di tempat kedua yang juga podium pertama beliau dalam aksi MotoGP, disusuli Zarco di kedudukan ketiga yang sebelum itu dikenakan penalti pusingan jauh kerana menjadi punca Pol Espargaro terlibat kemalangan.
Sebenarnya bukan Binder saja, jentera KTM dalam aksi Brno ni juga cukup luar biasa. Malah, Espargaro sebenarnya berpotensi meraih podium sekiranya beliau tidak terjatuh diasak Zarco. Pelumba lain dalam kelopok 10 terbaik ialah Alex Rins (4), Valentino Rossi (5), Miguel Oliveira (6), Quartararo (7), Takaaki Nakagami (8), Jack Miller (9), Aleix Espargaro (10).
Dalam aksi Moto2, pelumba negara Hafizh Syahrin (Openbank Aspar Team) sekadar berpuas hati di tempat ke-9 walaupun bermula di petak keempat. Konsistensi Hafizh masih ditagih peminat dan peminatnya. Diharapkan pelumba kita dapat membuktikan sesuatu dalam aksi seterusnya.
KEPUTUSAN GP REPUBLIK CZECH
- Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16)* 41m 38.764s
- Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +5.266s
- Johann Zarco FRA Reale Avintia (GP19) +6.470s
- Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +6.609s
- Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +7.517s
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16) +7.969s
- Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1) +11.827s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +12.862s
- Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20) +15.013s
- Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +15.087s
- Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20) +16.455s
- Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20) +18.506s
- Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +18.736s
- Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +19.720s
- Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)* +24.597s
- Tito Rabat SPA Reale Avintia (GP19) +29.004s
- Bradley Smith GBR Aprilia Test Rider (RS-GP) +32.290s
- Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +55.977s
- Pol Espargaro SPA Red Bull KTM (RC16) DNF
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
- Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)* DNF
* Rookie
Rekod GP Brno
Lap Terbaik: Marc Marquez SPA Honda 1m 54.596s (2016)
Lap Terpantas: Dani Pedrosa SPA Honda 1m 56.027s (2014) tempat ke-12
Leave a Reply