• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Mesin Rumput Honda HF2417 (2020), Harga RM34k! Ada yang Berminat?

Mesin Rumput Honda HF2417 (2020), Harga RM34k! Ada yang Berminat?

August 5, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

557
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA dibandingkan jualan kereta penumpang Honda dengan gergasi automotif seperti Toyota, Volkswagen Group, dan pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, memang tidak sepadan.

Namun jika membandingkan pengeluar mana paling banyak jualan enjin, Honda boleh tersenyum lebar. Pengeluar automotif dari Jepun itu  mempunyai pelbagai jenis enjin sama ada generator untuk pasar malam, mesin rumput, motosikal, bot dan kereta.

Ringkasnya, Honda memiliki produk atas darat, dan air, termasuk udara melalui pesawat perniagaan ringan HondaJet.

Ini pula perkembangan terkini mengenai mesin rumput Honda HF2417 versi dipertingkat untuk 2020 dan dijadual berada di pasaran Jepun pada 4 Ogos. Jika ada yang masih ingat, Honda UK pernah dua kali mengubah suai mesin rumput dan terakhir sekali pada 2018 melalui Mean Mower V2.

Mesin rumput itu dipasangkan enjin CBR1000RR Fireblade SP dengan sasaran kelajuan 241kmj! Percubaan tersebut bagi memecah rekod Mean Mower pada 2013 dengan kelajuan 187.6kmj.

Honda Mean Mower V2.05
Honda Mean Mower V2.06
Honda Mean Mower V2.07
Honda Mean Mower V2.08

Jika Mean Mower V2 (foto atas) dibekalkan enjin 1000cc, Honda HF2417 ini dipacu enjin 530cc V-Twin. Mesin rumput ini dilengkapi beg rumput saiz besar untuk melancarkan kerja memotong rumput, manakala potongan rumput pula lebar kerana menggunakan sistem bilah kembar disinkronais.

PERUBAHAN HONDA HF2417 2020

Sistem Kekal Pedal ke Depan (Forward Pedal Retention System)
  • Boleh ditetapkan dalam empat tahap mengikut julat kelajuan atas padang rata.
  • Tetap beroperasi walaupun kaki diangkat daripada pedal ke depan untuk keselesaan ketika memotong rumput.
Panel Kawalan Rekaan Baharu
Honda HF2417.03
Honda HF2417.04
Honda HF2417.05
  • Panel kawalan menggunakan meter LCD.
  • Data seperti masa operasi dan voltan bateri.
  • Fungsi makluman penyelenggaraan.
  • Mudah nampak dari kerusi.
Kerusi dengan Tempat Letak Tangan (Armrest)
Honda HF2417.08
Honda HF2417.01
  • Berbanding model sebelum ini, tinggi penyandar ditambah, manakala tempat letak tangan dipasangkan pada kerusi untuk keselesaan.
Hendal dengan Diameter Besar

  • Diameter lebih besar menyumbang kepada operasi yang stabil.
Lampu utama LED
  • Lampu LED kini bukan hanya untuk kenderaan atas jalan. Sebagai tambahan kepada lampu konvensional dengan fungsi pencahayaan automatik, mesin rumput edisi 2020 kini dilengkapi lampu LED.
USB dan Ruang Simpanan
Honda HF2417.06
Honda HF2417.13
  • Praktikaliti dan kemudahan dipertingkat dengan menyediakan ruang simpanan kecil dan turut dilengkapi slot USB.

SPESIFIKASI

Honda HF2417 2020

  • ENJIN: 530cc 4 lejang jenis V, 2 silinder OHC
  • JENIS PENGHIDUP: Elektrik
  • SAIZ BEG: 300 liter
  • JUMLAH BILAH: 2
  • PANJANG BILAH: 518mm
  • LEBAR POTONGAN: 1,020mm
  • TINGGI POTONGAN: Sekitar 29-90mm (tujuh tahap)
  • HALAJU KE DEPAN: 0-8.2 kmj
  • HALAJU KE BELAKANG: 0-4.2kmj
  • KAPASITI TANGKI MINYAK: 8.5 liter

Honda mensasarkan jualan HF2417 sebanyak 160 unit setahun di Jepun dan mesin rumput ini boleh dimiliki pada harga 869,000 yen (RM34,669). Harga itu walaupun tinggi sebenarnya berpatutan jika dibandingkan dengan keluasan kawasan rumput yang sayup mata memandang.

BACA >>> Honda Civic Type R TC yang Dibikin untuk Perlumbaan Sahaja!

GALERI
Honda HF2417.01
Honda HF2417.02
Honda HF2417.08
Honda HF2417.10
Honda HF2417.07
Honda HF2417.09
Honda HF2417.11
Honda HF2417.12
Honda HF2417.06
Honda HF2417.13
Honda HF2417.03
Honda HF2417.04
Honda HF2417.05

Related

557
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Honda, Honda HF2417, Mesin Rumput, mesin rumput Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev