ANDA perlu menukar tayar? Namun untuk melakukannya sendiri bukanlah semudah anda melihat sejumlah krew yang ramai menukar tayar kereta Formula Satu (F1).
Sebaliknya anda perlu melakukan sendiri ataupun dengan bantuan rakan jika ada yang sudi menghulurkan bantuan. Jangan bimbang panduan di bawah ini akan memberi anda langkah-langkah yang harus dilakukan untuk memastikan tugas dapat dilakukan dengan betul - walaupun mungkin memerlukan masa lebih lama daripada pasukan F1.
Dengan permukaan jalan raya yang berlubang, tidak rata dan serpihan bahan-bahan asing boleh menyebabkan tayar bocor. Jika ini terjadi anda perlu berhenti di bahu jalan dan menukarnya secepat mungkin. Bahkan tidak perlu menunggu situasi ini berlaku anda juga seharusnya perlu tahu cara menukar tayar.
Itupun jika tidak kisah terdampar di bahu jalan lama sementara menunggu bantuan sampai. Dengan mengikuti arahan ini, tugas menukar tayar agak mudah dan selamat. Dengan usaha yang minimum, anda akan dapat menanggalkan tayar yang bocor dan menggantikan dengan tayar simpanan.
Inilah yang perlu anda ketahui untuk menukar tayar kereta…
1. Tayar Ganti
Perkara ini semua orang tahu tetapi anda perlu memeriksa sama ada kereta anda mempunyai tayar ganti atau tidak. Selalunya bagi penjimatan berat badan ada pengeluar yang tidak menawarkan tayar simpanan sebaliknya menyediakan alat membaiki tayar pancit atau roda tayar kecil.
Lebih-lebih lagi, bukan hanya pada hatchback kecil - tujuh tempat duduk, kereta sport, dan kereta prestasi semuanya menerima rawatan sedemikian. Peraturan umum adalah untuk memastikan anda mengetahui penyelesaian perlu lakukan apabila melihat peralatan dalam but anda!.
Ada dua tempat simpanan tayar ganti yang mana diletakkan di bawah pelapik lantai but belakang dan ini lokasi biasa simpanan tayar ganti. Ada beberapa 4x4 diletakkan pada pintu but belakang sementara yang lain meletakkannya di bawah bahagian belakang kereta.
BACA>>>#Tahukah Anda: Kenapa Tayar Ganti Lebih Kecil daripada Tayar Biasa?
Sekiranya berada di bawah kereta, maka ia perlu ditanggalkan dari dalam but - sebagai langkah keselamatan untuk membantu mencegah kecurian. Anda akan mendapat maklumat mengenai cara menanggalkan tayar itu pada buku manual. Sekiranya kereta yang anda pandu tidak mempunyai tayar ganti, ia akan mempunyai kit membaiki tayar pancit atau tayar run-flat.
2. Kit baiki tayar
Kit baik pulih tayar kereta tidak sama seperti kit basikal, dan biasanya terdiri daripada sebotol cecair kedap tayar, yang anda isi melalui injap yang tidak ditutup dan pemampat udara berkuasa 12 volt menaikkan semula tayar.
Kit tersebut hanya membantu anda untuk sampai ke rumah. Jika kerosakan pada tayar adalah lebih parah daripada lubang kecil yang disebabkan oleh paku atau yang serupa, sealant tidak boleh menutup lubang atau kerosakan pada tayar. Sekiranya kerosakan tayar lebih besar daripada itu, hubungi trak penunda!.
3. Tayar Run-flat
Tayar run flat mempunyai dinding sisi yang lebih keras dan pembinaan dalaman khas yang dapat menampung berat kenderaan jika tayarnya rata, dan kereta yang dilengkapi dengannya tayar ini biasanya mempunyai monitor tekanan tayar yang memberitahu anda bila kehilangan angin tayar berlaku.
BACA>>>#ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
Leave a Reply