• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Aksi Marquez di GP Brno, Kena Bedah Kali Kedua Tukar Plat Besi Baharu

Tiada Aksi Marquez di GP Brno, Kena Bedah Kali Kedua Tukar Plat Besi Baharu

August 5, 2020 By Aryon Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MUSIM 2020 mungkin menjadi mimpi ngeri buat juara bertahan, Marc Marquez apabila terbabit dalam kemalangan pada pusingan pertama Kejuaraan MotoGP di GP Jerez, Sepanyol kira-kira dua minggu lalu.

Kemalangan tersebut membuatkan tulang lengan pelumba Repsol Honda itu patah dan perlu menjalani pembedahan yang memerlukan 12 skru dan plat besi dimasukkan ke dalam tangannya.

Harapan mula menyinar apabila Marquez dilihat muncul di GP Andalusia, hanya empat hari selepas dibedah. Malah disahkan cergas pegawai perubatan untuk berlumba. Bagaimanapun terpaksa mengundurkan diri selepas ujian kelayakan selepas mengadu sakit pada bahagian kecederaan.

Malangnya berita terbaharu ini pasti paling menyedihkan kerana Marquez dilaporlan menjalani pembedahan kedua pada Isnin lalu, sekali gus mengesahkan ketidakhadirannya dalam aksi di GP Brno, Republik Czech.

Menurut laporan, tekanan berterusan menyebabkan kecederaan ke atas tulang tangannya yang memerlukan plat besi digantikan. Beliau juga perlu berada di hospital selama 48 jam (dua hari) untuk pemantauan sebelum dibenarkan keluar.

Pakar bedah yang merawat Marquez, Dr Xavier Mir berkata;

Marc Marquez menjalani pembedahan 13 hari lalu dan hari ini beliau kembali ke bilik bedah. Pembedahan pertama berjaya, dan apa yang tak dijangka plat tidak mencukupi. Tekanan yang terkumpul pada bahagian dibedah menyebabkan plat mengalami sedikit kerosakan. Jadi hari ini plat titanium dikeluarkan dan diganti baharu.

"Beliau tidak rasa sakit sepanjang tempoh itu. Beliau juga sentiasa ikut nasihat perubatan diberikan dan apa yang dirasakan tubuhnya. Malangnya, tekanan melampau menyebabkan masalah ini. Sekarang kami kena tunggu 48 jam untuk patuh masa pemulihan."

Saingan MotoGP kini jadi lebih terbuka dan sengit tanpa kehadiran  Marquez.

SUMBER: EverythingMotoRacing | Crash.net

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, Auto Terkini, Dr Xavier Mir, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2021, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my