• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / UK Rancang Lesen Memandu Berperingkat (GDL), Tidak Boleh Pandu Malam

UK Rancang Lesen Memandu Berperingkat (GDL), Tidak Boleh Pandu Malam

August 10, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AHLI Parlimen Britain menimbangkan untuk mengeluarkan lesen memandu berperingkat (GDL) yang akan menyaksikan pemandu baharu dilarang memandu pada malam dan awal pagi.

Jawatankuasa Pengangkutan, terdiri daripada sekumpulan Ahli Parlimen yang memantau Jabatan Pengangkutan (DfT), akan mengadakan sesi pembentangan pada 2 September ini untuk membahaskan sebab kenapa pemandu muda atau baharu berisiko tinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya dan korban jiwa, termasuk langkah pencegahan.

lesen-memandu-uk
pemandu-uk

Jawatankuasa Pengangkutan juga akan mendengar hujan daripada pelbagai pakar keselamatan jalan raya dan aktivis kempen dari organisasi seperti RAC dan Brake. Antara pakar yang akan terlibat dalam sesi pembentangan itu adalah Ketua Sains Tingkah Laku di Makmal Kajian Pengangkutan (TRL), Dr Neale Kinnear.

Menurut Telegraph, Kinnear menganggarkan skim GDL mampu mencegah kira-kira 400 kematian atau kecederaan serius setiap tahun, sekali gus menjimatkan ekonomi £200 juta (RM1.1 bilion) setahun.

SYARAT GDL

pemandu-muda-uk-2
pemandu-muda-uk-3

Di bawah GDL, kelayakan lulus ujian bukan saja mengambil kira masa seseorang pemandu baharu itu memandu, tetapi juga usia dan jumlah penumpang yang boleh dibawa. Selain itu, pemandu mungkin perlu melengkapkan jam pemanduan sebelum dapat mengikuti ujian memandu praktikal. Skim GDL juga mengehadkan kuasa kuda (hp) untuk kenderaan yang dipandu.

Pemandu kenderaan berusia 17-24 tahun adalah paling berisiko maut atau cedera dalam kemalangan jalan raya,. Bagaimanapun pada masa sama angka kematian menurun secara konsisten hingga 2012.

Pemandu berusia 17-19 tahun pula cuma terdiri daripada 1.5 peratus pemegang lesen, tetapi terlibat dalam hampir satu daripada 10 kemalangan, manakala suku daripada pemandu berusia 18-24 tahun direkodkan mengalami kemalangan dalam tempoh dua tahun selepas lulus ujian.

Dalam tinjauan keselamatan jalan raya 2019, DfT menyatakan akan menyiasat sama ada sistem GDL harus diperkenalkan secara nasional. Menteri sebelum ini tidak mahu membangkitkan isu GDL, kerana sebahagian mereka berdepan kritikan kerana terlalu tegas, manakala sebahagian lagi bimbang ia akan mengehadkan pemandu baharu yang bekerja syif.

Namun, kebimbangan mengenai kadar kemalangan, dan disokong kejayaan skim GDL di luar negara seperti New Zealand, Sweden dan sebahagian Australia, menteri-menteri Britain mula melihat idea itu dengan lebih dekat.

LESEN BATAL JIKA LEBIH ENAM MATA PENALTI

Pemandu kenderaan boleh kehilangan lesen memandu secara automatik jika mendapat enam mata penalti terkumpul dalam dua tahun pertama selepas lulus ujian.

Sementara itu, skim lesen motosikal di Britain, walaupun bukan GDL penuh, sudah meletakkan sekatan ke atas umur penunggang dan output kuasa motosikal. Ini bermakna penunggang di bawah 21 tahun tidak dibenarkan menunggang motosikal berkuasa terlalu tinggi.

BACA >>> #RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap

department-for-transport-uk
michael-ellis-uk-mp-2020

Ketika mengumumkan siasatan pada 2019, Menteri Keselamatan Jalan Raya Britain, Michael Ellis (foto atas) berkata;

Kami mahu meneliti lebih terperinci bagaimana pelesenan pemandu berperingkat (GDL), atau aspek daripada iti dapat membantu pemandu baharu untuk kekal selamat, dan mengurangkan jumlah orang yang maut atau cedera di jalan raya kita."

Pada Mei 2018 pula, Menteri Jalan Raya Britain ketika itu, Jesse Norman menulis;

Jabatan Pengangkutan (DfT) memutuskan menggunakan pengenalan GDL di Ireland Utara sebagai projek perintis untuk mengumpulkan bukti mengenai potensi GDL di Britain."

Skim GDL bersedia diperkenalkan di Ireland Utara tahun ini dan akan datang dalam usaha Kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Posisi Memandu Betul dan Selamat untuk Wanita Tubuh Kecil?
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Hendak Memandu Masuk ke Thailand dari Malaysia?

SUMBET: AutoExpress

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr Neale Kinnear, lesen memandu, Lesen Memandu GDL, Lesen Memandu Graduasi (GDL), lesen memandu UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev