SETIAP pasaran menggunakan nama berbeza. Jika Malaysia menggunakan Yamaha NVX 155, negara lain menggunakan nama Aerox. Di Filipina pula skuter sport itudinamakan Mio Aerox 155.
Ini kerana nama Mio di Filipina sudah begitu kukuh hingga Yamaha memilih untuk menggabungkan lencana Mio dengan Aerox. Terbaharu, Yamaha Filipina memperkenalkan warna baharu utnuk Mio Aerox, iaitu biru-jingga kusam dan putih-kelabu.
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha Aerox 155 Kustom dengan Tiga Aksesori Jenama Lokal
Varian biru-jingga menampilkan padanan strip jingga di depan dan sisi serta digabungkan dengan tulisan 155 dan Aerox di tepi depan dan belakang. Anehnya, tiada tulisan Mio pada skuter tersebut. Varian putih-kelabu pula menggabungkan kombinasi putih dan kelabu yang kemudian diserlahkan dengan strip biru di depan dan tepi.
Mio Aerox 155 dikuasakan enjin 155cc VVA berkuasa 13hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 13.8Nm @ 6,250rpm. Harga jualan di Filipina ialah 122,900 peso (RM10,580).
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply