KTM 250 Duke baharu akan tiba dengan lampu utama dikemas kini berdasarkan foto intip yang dikesan di India.
250 Duke itu dilihat memiliki lampu utama LED, sama seperti 390 Duke, yang mana sebelum ini menggunakan lampu jenis halogen yang diapit lampu siang (DRL) LED. Ciri baharu ini turut memberi bayangan yang harga model ini dijangka meningkat.
* Foto KTM 250 Duke lama
Cuma lampu LED saja dikemas kini, manakala aspek lain boleh dikatakan tiada perubahan. Masih lagi tampil dengan gaya terdahulu seperti pengelip LED, lampu belakang LED, kluster instrumen digital, dan pelana terpisah.
Spesifikasi juga sama, 250 Duke masih menggunakan sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan monoshock boleh laras prabeban di belakang.
Aspek mekanikal dikekalkan, iaitu dijana enjin patuh BS6 jenis silinder tunggal 248.8cc penyejukan cecair berkuasa 29.6hp @ 9,000rpm dan tork 24Nm @ 7,500rpm. Pengedar seluruh India kini cuma menanti lampu hijau daripada KTM untuk membawa masuk model itu ke bnilik pameran masing-masing.
BACA >>> #TunggangUji: Analisis Lengkap KTM 250 Duke (2017) - Rupa Agresif, Mantap di Selekoh
BACA >>> #EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa
SUMBER: BikeWale
Leave a Reply