• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Pando Moto Lancar Jeans Baharu dengan Material Lebih Kuat daripada Besi

Pando Moto Lancar Jeans Baharu dengan Material Lebih Kuat daripada Besi

August 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PANDO Moto melancarkan dua model jeans baharu yang diperbuat daripada material yang 15 kali lebih kuat daripada denim keluli hitam Dyneema, iaitu Steel Black 0.2 untuk penunggang lelaki, dan Kissaki Dyn sebagai tambahan baharu untuk penunggang wanita.

Dyneema ialah bahan gentian lasak di dunia yang lebih kuat daripada keluli, lebih ringan daripada air dan sangat selesa dipakai. Kehadiran material ini sememangnya mengubah industri aksesori motosikal.

BACA >>> Volkswagen, Tarik Jeans Jalin Kerjasama Selamatkan Tapir Malaya

Pada 2019, Pando Moto menghasilkan dua jeans satu lapisan yang dibuat daripada Dyneema, iaitu Steel Black 9 dan Kissaki Black. Kedua-dua selura itu mendapat sambutan luar biasa walaupun masih ada ruang untuk ditambah baik.

Maka Panda Moto memperkenalkan Dyneema dan Kissaki Dyn versi kemas kini yang bukan hanya untuk mendapatkan produk terbaik, tetapi juga warna hitam pekat dalam dan luar.

Steel Black 0.2 adalah jeans satu lapisan jenis slim-fit yang dibuat daripada denim mudah regang dengan 25 peratus Dyneema, poket perisai pinggul, dan poket perisai lutut dua posisi. Model ini tiada kelim di depan dan berwarna hitam legam.

Sekali pandang memang tidak dapat dibezakan dengan jeans biasa selain perincian ikonik Panda Moto. Antaranya rantai kunci, garis reflektif pada pelipat (cuff), logo disulam di bahagian paha kiri depan, dan sulaman signatur bentuk kilat di poket belakang. Semuanya serba hitam butiran.

BACA >>> 5 Jeans Kevlar Terbaik untuk Penunggang Motosikal

Kissaki Dyn untuk wanita pun ialah jeans satu lapisan jenis slim-fit  yang dibuat daripada denim-regang dengan 25 peratus Dyneema, poket perisai pinggul dan poket perisai lutut dua posisi. Begitu juga sulaman ikonik di poket belakang.

Produk ini pilihan tepat untuk penunggang wanita yang mementingkan keselamatan, keselesaan, fleksibiliti dan gaya sempurna. Kedua-dua model tersebut lulus CE di bawah EN 17092 level AA dengan ciri keselamatan pada halaju 70kmj. Dihasilkan di Eropah, produk ini dibina dengan kualiti terbaik untuk ketahanan jangka masa lama.

Model baharu itu dilengkapkan dengan armor TripleFlex SAS-TEC baharu untuk lutut dan pinggul. Kedua-dua jeans itu dijual pada harga sekitar AS$400 (RM1,700). Sementara itu model lama akan dihentikan apabila stok habis dijual.

BACA >>> Kotak Simpan Barang Givi B270N Monolock Lebih Sporty, Tahan Lasak - Harga RM185!

GALERI
Steel Black 0.2
Kissaki Dyn

SUMBER: UltimateMotorcycling

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Dyneema, jeans, Jeans untuk Biker, Kissaki Dyn, Pando Moto, Seluar Jeans, Seluar Menunggang, Steel Black 0.2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my