MENURUT laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), permintaan jualan kereta terpakai meningkat 100 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, terutama sepanjang pasca krisis Covid-19 yang kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Proton turut melihat jualan kereta terpakai sebagai sebahagian strategi penting. Justeru divisyen Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Proton diperkenalkan pada 2019 bagi melancarkan jualan dan pengedaran kereta terpakai, sekali gus meningkatkan jualan kereta baharu.
Projek awal UCM Proton terdiri daripada lapan Pusat Jualan di beberapa lokasi pengedar. Pada beberapa bulan awal, ia digunakan untuk menetapkan prosedur operasi dan melatih pemeriksa kereta terpakai yang akan menguruskan transaksi di setiap pusat jualan.
Tahun ini, Proton mensasarkan mewujudkan operasi UCM di 36 cawangan Pusat 3S atau 4S Proton seluruh negara.
BACA >>> Proton Saga Cecah Usia 35 Tahun, Sudah Terjual 1.8 Juta Unit!
Ketua UCM Proton, Brian Cheah (foto atas) berkata, pertumbuhan jualan Proton dijangka terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang, dan peranan pengurusan kereta terpakai adalah penting.
"Proton akan membantu pelanggan yang ingin menukar ganti kereta terpakai mereka. Ketika Proton mula menubuhkan jabatan UCM pada 2019, sasaran yang ditetapkan adalah menyokong penjualan kereta baharu dan meningkatkan nilai jualan semula kereta Proton,” katanya.
Sasaran yang ditetapkan UCM Proton adalah penggantian jualan. Pemilik sedia ada boleh menukar beli Proton lama dengan model Proton baharu, menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah jualan pusat jualan yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Proton memperkenalkan program untuk membantu mencapai sasaran seperti Proton Xchange, bagi menggalakkan pemilik sedia ada menggantikan kereta mereka dengan model Proton baharu.
PROGRAM KERETA TERPAKAI PCPO
Mengenai penjualan tukar beli, kereta terpakai yang dijual UCM akan dipasarkan di bawah program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO). Semua kenderaan PCPO akan menjalani pemeriksaan 201 poin komprehensif dan dijamin tidak pernah mengalami banjir atau kerosakan struktur akibat kemalangan teruk.
Kereta terpakai di bawah PCPO dilengkapi jaminan lanjutan 1 tahun, meliputi enjin dan transmisi serta layak mendapat servis percuma sebanyak sekali (minyak enjin dan penapis minyak sahaja) hingga 6 bulan daripada tarikh pendaftaran.
Cheah berkata, pada masa akan datang, UCM akan menubuhkan portal kereta terpakai Proton sebagai platform jualan dalam talian untuk menarik pembeli kereta terpakai yang aktif menggunakan teknologi dalam talian.
"Pelanggan berpotensi boleh melihat stok jualan dari dalam talian dan boleh melayari laman web untuk mendapatkan anggaran nilai untuk kereta mereka,” katanya.
BACA >>> Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai Tahap Epik!
Pengarah Urusan Pusat 4S Proton di Puchong, Selangor, Atiara Johan, Judith Yam turut berkongsi pandangan tentang inisiatif tersebut.
“Atiara Johan dipilih menjadi pusat UCM PROTON pertama pada Jun 2019. Sejak diperkenalkan, program ini banyak meningkatkan jualan kami melalui penawaran insentif khas untuk pemilik Proton sedia ada.
"Sehingga kini, kami mencatat lebih 130 jualan tukar beli dan pelanggan turut menyatakan kepuasan mereka yang dilihat sebagai nilai tambahan bagi perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan mereka membeli kereta Proton baharu,” katanya.
Pengarah Urusan Pusat 4S Proton di Nilai, Negeri Sembilan, LHM One Stop Car Service Center, Ryan Lai berkata, walaupun masih baru di pasaran, pusat jualan UCM Proton memberi kesan positif.
"Kami memulakan program UCM ini pada Oktober 2019 dan membantu Penasihat Jualan kami membuat
perjanjian kepada pelanggan serta kini kami berpeluang menawarkan nilai tukar beli kompetitif untuk kereta
Proton terpakai," katanya.
fadhilah says
Boleh beri saya no tel pusat proton yang jual kereta proton terpakai tu?