• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

#TahukahAnda: Tentang Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik yang Perlu Anda Tahu

July 29, 2020 By Admin PanduLaju 2 Comments

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KOMPONEN kereta petrol dan diesel yang sudah lama digunakan pasti mengalami masalah haus dan lusuh (wear and tear). Ini juga tidak terkecuali untuk kereta elektrik yang mana penggunaan kuasa bateri semakin merosot.

Memandangkan bateri adalah komponen yang sangat mahal dan penting untuk operasi sesebuah kereta elektrik, jadi apabila bateri mengalami masalah kehilangan kuasa dan isian cas rendah, ini akan membuatkan pemilik bimbang.

Namun, anda sebenarnya tidak perlu terlalu risau sekiranya bateri kereta elektrik sudah sampai tempoh luput. Ketahui dulu 7 fakta ringkas tentang ketahanan kereta elektrik, penjagaan bateri dan apa yang berlaku jika bateri perlu ditukar.

BACA >>> #TahukahAnda: Vapor Lock Punca Enjin Kereta Lama Tiba-Tiba & Jem

1. Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik

Jenis bateri kereta elektrik paling biasa digunakan adalah litium-ion, sama seperti bateri telefon pintar dan komputer. Seperti mana semua bateri, komponen ini memiliki jangka hayat terhad.

Kapasiti kehilangan dan kemerosotan kuasa untuk setiap isian cas penuh bagi kereta elektrik bermaksud jumlah perbatuan akan jadi berkurangan. Jika dulu mampu dipandu sejauh 200km, mungkin selepas lama digunakan cuma mampu bergerak sejauh 150km.

2. Cuaca

Bateri boleh terjejas jika terkena suhu sangat sejuk atau sangat panas, atau jika suhu bateri itu sendiri meningkat. Pengecasan berlebihan akan dihentikan menggunakan perisian, tetapi isu nyahcas dalam (deep discharge) - disebabkan menggunakan kapasiti maksimum bateri berulang kali - masih jadi kebimbangan.

3. Apa Berlaku Jika Bateri Merosot?

Jika anda menyewa bateri di bawah perjanjian berasingan (bayar bayaran bulanan tambahan), bateri akan diganti atau dibaik pulih percuma jika prestasi merosot.

Jika anda memiliki kereta sepenuhnya dan tanpa jaminan, apa yang boleh dibuat adalah beli bateri baharu, tetapi ini akan menelan belanja ribuan ringgit. Namun, itu bukan isu besar melainkan perbatuan kereta elektrik anda sudah pun mencecah 170,000km. Majoriti pemilik kereta biasanya akan mencari kereta atau alat ganti baharu apabila sampai tempoh perbatuan sebanyak itu.

4. Apa Berlaku Kepada Bateri Selepas Diganti?

Walaupun kapasiti bateri bawah 70 peratus daripada asal, ia sebenarnya masih memiliki jangka hayat yang banyak. Pengeluar boleh menukarkan bateri itu untuk kegunaan domestik yang mana mereka boleh menyimpan tenaga yang dijana daripada panel solar.

BACA >>> #ApaNakBuat: Periksa 6 Bahagian Kereta Ini 3 Bulan Sekali

5. Bagaimanakah Waranti Kereta Elektrik dan Bateri Berfungsi?

Berita baiknya, kereta elektrik mempunyai perlindungan waranti yang sama seperti kereta petrol dan diesel, Kadangkala waranti diberikan sedikit lebih. Faktanya, banyak pengeluar mempunyai dua polisi. Waranti kenderaan melindungi perkara seperti kerosakan kilang, tetapi waranti komponen terdiri daripada motor elektrik, kabel, inverter dan penyambung cas.

6. Perlindungan Jaminan Bateri Kereta Elektrik

Setiap kuasa bateri yang mengalami degradasi, tetapi jika prestasi jatuh di bawah tahap tertentu - biasanya 70-75 peratus daripada asal - maka pengeluar akan membaik pulih atau menukar bateri itu.

7. Bolehkah Saya Dapatkan Polisi Aftermarket?

Ya. Waranti adalah penyedia pertama yang melindungi kereta elektrik sebelum disusuli perlindungan lain.

BACA >>> #TahukahAnda: Ke Mana Pergi Bateri Kereta Hibrid, Elektrik Selepas Luput Guna?
BACA >>> Dyson Bina Kilang Kenderaan Elektrik di Singapura, Kereta Pertama Lancar 2021

SUMBER: AutoExpress

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bateri, bateri EV, Bateri Kereta Elektrik, Jangka Hayat Bateri Kereta Elektrik, tahukah anda

Comments

  1. Proton ipoh says

    December 31, 2022 at 1:56 AM

    Terima Kasih info

    Reply
  2. proton ipoh says

    January 4, 2023 at 12:39 AM

    terima kasih, kongsikan ilmu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev