• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Santa Fe (2021) Tawar Aksesori N Performance

Santa Fe (2021) Tawar Aksesori N Performance

July 29, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

PELANGGAN Korea Selatan yang membeli Hyundai Santa Fe (2021) baharu kini boleh menjadikan kenderaan utiliti sukan (SUV) mereka lebih menonjol dengan padanan aksesori  N Performance.

Penampilan itu boleh dilihat menerusi bahagian depan yang mana Hyundai memilih aksen emas pada gril, bampar dan sepanjang dagu spoiler bawah. Terdapat juga hiasan karbon pada bahagian hud. Di sisi, jabatan N Performance memilih satu set rim 21-inci dengan padanan warna hitam dan emas bersama penutup tengah gentian karbon palsu.

Melengkapkan sentuhan luaran adalah skirt sisi khas, dua spoiler pada hujung bumbung, empat ekzos, dan diffuser gentian karbon serta rak bumbung. Imej sporty turut dilanjutkan pada bahagian kabin yang mana kerusi kulit hitam depan dan belakang mendapat kemasan khas jahitan benang merah.

Bahkan kerusi depan turut mendapat kemasan gentian karbon pada penyandar belakang. Material gentian karbon turut boleh dilihat pada stereng, konsol tengah dan tepi pintu serta banyak juga komponen dalam yang dibaluti dengan Alcantara. Namun harga masih belum diumumkan.

Tidak diketahui apakah  Santa Fe N Performance akan tersedia secara eksklusif di Korea Selatan atau di pasaran lain juga. Santa Fe baharu dilancarkan bulan lalu dan menggunakan platform generasi ketiga Hyundai yang menurut syarikat itu, menawarkan peningkatan prestasi, pengendalian, kecekapan bahan bakar dan keselamatan.

BACA>>>#TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Hyundai Santa Fe Berbaloi Dibeli
BACA>>>Lamborghini Catat Prestasi Terbaik Sepanjang 56 Tahun, SUV Urus Paling Laris!

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Crossover, hyundai, Hyundai Santa Fe (2021), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my