• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Tunjuk Imej Sinar-X Tulang Tangan Patah, Kena Masuk 12 Skru

Marquez Tunjuk Imej Sinar-X Tulang Tangan Patah, Kena Masuk 12 Skru

July 28, 2020 By Aryon Leave a Comment

845
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez menerusi akaun Instagram memuat naik imej sinar-x 'sebelum dan selepas' yang memaparkan tulang tangan kanannya.

Apa ditunjukkan adalah video tulang bahagian humerus di lengan kanan yang patah, dan gambar selepas pembedahan dilakukan. Ada 12 skru perlu dimasukkan untuk menyambung dan menguatkan semula tulangnya yang patah itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93) on Jul 27, 2020 at 2:23am PDT

Marquez patah tulang selepas terbabas dan melambung sebelum tercampak di kawasan kerikil dan dihentam jentera sendiri pada aksi pembukaan kelas premier MotoGP di GP Sepanyol, Jerez, lebih seminggu lalu.

Apa yang menakjubkan pelumba Sepanyol itu muncul di GP Andalusia Jumaat lalu untuk menjalani saringan kesihatan dan kecergasan hanya selepas empat hari beliau menjalani pembedahan. Malah, beliau disahkan cergas dan boleh berlumba.

Dalam ujian pada pagi Sabtu lalu, Marquez berjaya berada berada di kedudukan ke-19 (+1.298s), mencatatkan masa lap terpantas pada latihan bebas ketiga (FP3), dan naik tiga kedudukan ke tempat ke-16 pada FP4 (+0.999s).

BACA >>> Marquez Muncul di Jerez, Disahkan Cergas dan Boleh Berlumba Hujung Minggu Ini!

Marc Marquez
Marc Marquez

Bagaimanapun, juara bertahan MotoGP itu terpaksa menarik diri selepas mengadu sakit pada pusingan kelayakan pertama (Q1). Marquez berkata;

Macam bengkak. Lengan aku jadi besar sikit dan mungkin tekan beberapa saraf. Aku hilang kuasa di beberapa selekoh yang aku tak jangka

"Pada satu tahap kau kena jujur dengan badan sendiri dan faham situasi serta apa aku buat. Aku terus cakap kat pasukan apa dah jadi. Aku masuk juga Q1 dan masa lap pertama, jika aku rasa benda sama juga atau sesuatu yang serupa, aku akan menyerah. Inilah apa yang aku buat.

"Aku akan tidur nyenyak sebab aku dah cuba."

Dalam aksi hujung minggu lalu, pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo sekali lagi menjadi juara di GP Andalusia, disusuli duo pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales dan Valentino Rossi .

BACA >>> #MotoGP2020: Quartararo Bawa Petronas Yamaha Menang Lagi, Rossi Naik Podium!

marc-marquez-tulang-patah-xray-1
marc-marquez-tulang-patah-xray-2
marc-marquez-tulang-patah-xray-3
marc-marquez-tulang-patah-xray-4
marc-marquez-tulang-patah-xray-5
marc-marquez-tulang-patah-xray-6

Related

845
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2020, roda2, Sinar-X Tulang Marc Marquez, sukan permotoran, X-Ray Marc Marquez

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev