• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Xiaomi Lancar e-Skuter Paling Murah, Ninebot C30 dengan Harga RM2.1k Sahaja

Xiaomi Lancar e-Skuter Paling Murah, Ninebot C30 dengan Harga RM2.1k Sahaja

July 27, 2020 By Aryon Leave a Comment

9.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT pengangkutan jarak dekat pintar dan perkhidmatan robot di bawah Xiaomi, Ninebot melancarkan e-skuter atau e-moped C30 di China pada harga 3,599 yuan (RM2,185).

Dengan frem underbone, C30 menampilkan rekabentuk fairing minimal, pelana tunggal kecil, dan lampu utama LED, termasuk lampu belakang LED yang diposisikan bawah rak barang. Panel badan menggunakan plastik PP yang 100 peratus mesra alam.

BACA >>> Suzuki Bakal Perkenal Skuter Elektrik Mampu Milik, Gambarajah Paten Didedahkan

C30 mampu ditunggang pada kelajuan maksimum 25kmj dengan jarak perjalanan 35km untuk isian cas penuh. Skuter elektrik ini menggunakan pek bateri litium-ion boleh tanggal seberat 6kg.

Skuter ini juga tidak memerlukan kunci konvensional untuk ditunggang, sebaliknya dibekalkan sistem AirLock yang boleh ditunggang semudah duduk atas pelana dan terus bergerak. Sistem ini juga bertindak mengunci skuter secara automatik sebaik saja pemilik bergerak meninggalkan skuter ini.

C30 juga didatangkan dengan pedal sebagai persediaan sekiranya bateri kehabisan cas. Tugas suspensi diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan cakera di depan dan dram di belakang.

Buat masa ini, C30 cuma ditawarkan untuk pasaran China sebelum dijadualkan diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS), dan Eropah pada beberapa bulan akan datang. Tidak juga diketahui sama ada pengedar Xiaomi di Malaysia akan membawa masuk skuter elektrik ini atau tidak.

BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal

GALERI
skuter-ev-ninebot-c30-china-1
skuter-ev-ninebot-c30-china-2
skuter-ev-ninebot-c30-china-3
skuter-ev-ninebot-c30-china-4
skuter-ev-ninebot-c30-china-5
skuter-ev-ninebot-c30-china-6
skuter-ev-ninebot-c30-china-7
skuter-ev-ninebot-c30-china-8
skuter-ev-ninebot-c30-china-9
skuter-ev-ninebot-c30-china-10
skuter-ev-ninebot-c30-china-11

SUMBER: Segway

Related

9.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: China, e-Moped, e-Skuter, Moped Elektrik, Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2018, roda2, Segway-Ninebot, skuter elektrik, Xiaomi, Xiaomi Ninebot C30

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev