• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penduduk Semenanjung, Sabah Boleh Balik Raya Haji, Sarawak Kena Minta Izin Polis

Penduduk Semenanjung, Sabah Boleh Balik Raya Haji, Sarawak Kena Minta Izin Polis

July 27, 2020 By Han Othman Leave a Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA sekatan rentas negeri untuk rakyat Malaysia pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini, tetapi tidak untuk Sarawak yang mengehadkan pergerakan perjalanan antara zon bermula 1 hingga 14 Ogos ini.

Kenyataan baharu itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi.

BACA >>> PKPP: Inilah 7 Aktiviti Dibenarkan 10 Jun Ini (dengan Norma Baharu)

Dua zon yang terbabit dalam sekatan perjalanan di Sarawak itu membabitkan:

  • ZON 1: Kuching, Serian dan Samarahan - Dikategorikan zon MERAH dan KUNING
  • ZON 2: Seri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Mukah  Bintulu Miri dan Liumbang - Dikategorikan zon HIJAU

Justeri, penghuni setiap zon tersebut perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika mahu melakukan perjalanan rentas zon. Bagaimanapun, pergerakan dalam zon masing-masing adalah dibenarkan.

Susulan itu, Kerajaan Sarawak juga memutuskan untuk mengurangkan jumlah penerbangan ke negeri tersebut dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, juga berkuat kuasa pada tarikh sama, iaitu 1-14 Ogos ini.

Pada masa sama Ismil Sabri turut mengingatkan bahawa Kerajaan tidak teragak-agak menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes Covid-19 meningkat kepada tiga angka.

BACA >>> BRIDE Hasilkan Pelitup Muka Guna Perca Fabrik Kerusi Kereta, Harga RM120

SEMENANJUNG, SABAH BOLEH RENTAS NEGERI, DAERAH

Beliau turut menafikan gambar tular di media sosial yang menunjukkan pihak tentera sedang berkumpul di beberapa lokasi. Menurutnya, tiada sekatan untuk rakyat melakukan perjalanan rentas negeri KECUALI di Sarawak melibatkan zon dimaklumkan.

Apa yang perlu dilakukan rakyat adalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Kerajaan. Berikut SOP dijelas Kerajaan tentang sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini:

  • Jumlah haiwan korban dihadkan tidak lebih 10 ekor di lokasi dibenarkan Pejabat Agama Daerah.
  • Setiap sesi penyembelihan haiwan korban hanya boleh melibatkan tidak lebih 20 orang, termasuk tukang sembelih dan lapah.
  • Tiada aktiviti kenduri atau makan-makan dibenarkan kecuali bungkus sahaja.
  • Disebabkan raya pertama jatuh pada Jumaat yang akan bertembung dengan solat Jumaat, rakyat digalakkan melakukan aktiviti korban pada Sabtu ke atas.
  • Jamuan di rumah tidak lebih 20 orang pada satu-satu masa.
  • SOP asas sedia ada kekal dilaksanakan seperti penjarakan sosial, kerap mencuci tangan menggunakan sabun atau sanitasi tangan dan memakai pelitup muka di tempat awam.

Related

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Hari Raya Aidil Adha, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Rentas Negeri

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my