KERAJAAN mengumumkan akan membuat keputusan dan ketetapan mengenai aktiviti rentas negeri sempena menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok (Isnin), menurut laporan Astro Awani sebentar tadi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, keputusan itu akan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai sambutan Hari Raya Aidiladha.
Buat masa ini, aktiviti rentas negeri masih dibenarkan, manakala syarat memakai pelitup muka di khalayak awam hanya diwajibkan pada 1 Ogos ini.
Menurut Ismail Sabri, laporan mengenai kes Covid-19 sepanjang empat hari berturut-turut menunjukkan peningkatan kepada dua angka di seluruh negara, dan Kerajaan tidak teragak-agak menguatkuasakan semual Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya angka jangkitan terus meningkat.
Beliau turut mengingatkan lebih 2,800 individu yang dikuarantinkan di rumah supaya menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum sebarang tindakan diambil. Jika gagal melakukannya hari ini, iaitu tarikh akhir ujian saringan, polis akan bertindak tegas mencari mereka.
View this post on Instagram
Leave a Reply