• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri

#TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri

July 28, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGAIMANAKAH penyaman udara bagi model hypercar seperti Bugatti berfungsi?

Tugas merekabentuk penyaman udara untuk model Bugatti seperti Chiron, Pur Sport, Divo dan model lain diserahkan kepada pemegang ijazah kejuruteraan, Julia Lemke.

Ringkasnya, penyaman udara dalam tiga model utama itu mempunyai dua kondensor  untuk pelesapan haba (heat dissipation) daripada kereta, unit pusat penyaman udara bagi pengawal dan kompresor untuk memacu keseluruhan sistem.

BACA >>> Tak Dapat Main Bola, Pemain Man City Ini Siap Pasang LEGO Bugatti Chiron

Jika diukur, keseluruhan jaluran penyaman udara mempunyai jarak kira-kira 9.5 meter kerana enjin diletakkan di tengah (mid mount). Satu cabaran ketika melaraskan sistem penyaman udara adalah setiap individu ada pilihan tersendiri. Contohnya, pengguna Eropah biasanya lebih selesa dengan suhu antara 21ºC dan 22ºC, manakala kebanyakan pengguna di Amerika Syarikat (AS) pula gemarkan suhu lebih rendah.

Keseluruhan sistem penyaman udara terdiri daripada litar penyejuk untuk bahagian dalaman kereta, aliran udara, sistem elektrik, elektronik dan unit penyaman udara sebagai pusat kawalan.

Bugatti Chiron.03
Bugatti Chiron.02

Satu lagi ciri unik model Bugatti ialah rekabentuk cermin depan dengan sudut condong 21.5º. Ini disebabkan keperluan kereta itu sendiri yang direka untuk memecut lebih 400kmj. Sebagai perbandingan, kereta kompak konvensional mempunyai luas cermin sekitar 0.70 meter persegi dan sudut condong kira-kira 30º.

Jadi, bahagian dalaman Bugatti lebih cepat panas disebabkan sinaran suria atau beban suria (solar load). Satu lagi faktor adalah bumbung kaca yang menjadi pilihan popular dalam kalangan pembeli.

BACA >>> Tesla Roadster Boleh Pergi Sejauh Lebih 1,000km, Mampu Tewaskan Bugatti, Koenigsegg

Bagi mengatasi masalah itu, Chiron dan Divo dipasangkan kompresor berkuasa tinggi dengan kapasiti penyejukan hingga 10kW dan dua kondensor. Menurut Bugatti, dua komponen utama itu cukup untuk menyejukkan sebuah pangsapuri di Eropah dengan keluasan kira-kira 80 meter persegi (861 kaki persegi)

Ada kira-kira 3kg bahan penyejuk (coolant) per minit boleh dimampatkan daripada tekanan sekitar 2 bar hingga 30 bar. Dengan produk bernilai jutaan ringgit, penyaman udara Bugatti semestinya perlu berfungsi sempurna.

Jadi, dua unit kereta ujian disediakan untuk ujian iklim sepanjang fasa pembangunan. Ia nyata komitmen tinggi yang perlu diberikan Bugatti walaupun Chiron hanya dikeluarkan 500 unit sahaja.

BACA >>> Bugatti Baby II - Kereta Replika untuk Si Kecil dengan Harga Premium, RM138k!

GALERI
Sistem Penyaman Udara Bugatti
Bugatti AC System.01
Bugatti AC System.02
Bugatti AC System.03
Bugatti Divo
Bugatti Divo.01
Bugatti Divo.02
Bugatti Divo.03
Bugatti Divo.04
Bugatti Divo.05
Bugatti Divo.06
Bugatti Chiron dan Chiron Pur Sport
Bugatti Chiron.01
Bugatti Chiron.02
Bugatti Chiron.03
Bugatti Chiron.04
Bugatti Chiron.05
Bugatti Chiron Pur Sport.03
Bugatti Chiron Pur Sport.04

Related

177
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: AIrcond, Bugatti, Bugatti Chiron, Bugatti Divo, Bugatti Pur Sport, hypercar, Julia Lemke, penyaman udara, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev