• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Muncul di Jerez, Disahkan Cergas dan Boleh Berlumba Hujung Minggu Ini!

Marquez Muncul di Jerez, Disahkan Cergas dan Boleh Berlumba Hujung Minggu Ini!

July 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN Repsol Honda menyatakan Marc Marquez akan cuba memastikan kemunculan pada aksi MotoGP hujung minggu ini selepas empat hari mengalami kecederaan pada bahagian humerus.

Juara dunia lapan kali itu baru saja menjalani pembedahan Selasa lalu dan Pakar Traumatologi MotoGP, Dr Mir berkata, Marquez hanya boleh berlumba dalam tempoh dua minggu iaitu pada pusingan di Brno.

Namun itu hanya ramalan doktor kerana Marquez ketika ini sudah pun terbang ke Jerez untuk menjalani pemeriksaan pada jam 1.30 petang tadi dengan harapan lulus ujian kecergasan pasukan perubatan MotoGP supaya dapat menyertai perlumbaan hujung minggu ini di litar Gran Premio Red Bull de Andalucia.

Fit to ride ✅ pic.twitter.com/vOIvlCFkYF

— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 23, 2020

Marquez juga dilihat berjalan tanpa kain penyokong pada lengan kanannya, dan membonceng skuter ditunggang Emilio Alzamora untuk pergi melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Jerez. Malah, ciapan Twitter Repsol Honda Team menunjukkan kapsyen 'Fit To Ride' dengan gambar Marquez menunjukkan tanda bagus.

Selain Marquez, dua pelumba lain, Alex Rins dan Cal Crutchlow turut diberi kelulusan kembali berlumba. Operasi pembedahan tangan kanan Marquez berjalan sukses dan Dr Mir mengesahkan tiada saraf radial yang rosak seperti apa dikhuatirkan sebelum dibedah.

BACA>>>Marquez Selamat Dibedah, Tiada Saraf Cedera, Akan Kembali Lumba Secepat Mungkin

MAHU KEMBALI AWAL

marquez-selesai-pembedahan
Marc Marquez

Pada Rabu lalu, Marquez dibenarkan keluar untuk menjalani proses penyembuhan di rumah. Bagaimanapun, pelumba 27 tahun itu berkeras mahu kembali awal dan berharap dapat menunggang RC213V hari ini (Jumaat). Beliau semestinya tidak mahu kehilangan mata selain cuba mempertahankan gelaran juara bertahan.

Pengurus Repsol Honda, Alberto Puig berkata, beliau tidak menyangka dapat melihat Marquez di Jerez kerana ketika kemalangan berlaku pasukan sangat bimbang dan kini segalanya  berjalan lancar. Malah, selepas pembedahan Marquez rasa semakin baik dan tidak terlalu sakit serta boleh menggerakkan tangan.

After a successful operation on Tuesday, @MarcMarquez93 is heading back to Jerez.

— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) July 23, 2020

Puig berkata;

Rancangan awal Honda adalah membatalkan perlumbaan tetapi  apa yang kami lihat dan Marc (Marquez) harapkan, doktor cakap dia cergas dan boleh menunggang Sabtu ini. Namun, bergantung kepada dia sendiri sama ada hendak berlumba atau tak. Kami minta dia cuba dulu Sabtu ni dan selepas itu buat keputusan sama ada sanggup atau tak untuk jarak yang panjang.

"Jika terlalu berisiko, Marc faham kami akan batalkan perlumbaan. Penting bagi Honda menghormati keinginan pelumba dan segalanya ditentukan Sabtu ini. Kami takkan desak pelumba, kalau mereka 100 peratus cergas kita akan desak, tapi kalau sebaliknya macam sekarang, kami akan undur selangkah ke belakang."

BACA >>> Marquez: Aku Ride Nak Seronok, Bukan Bahayakan Diri di Isle of Man TT

SUMBER: MotoGP

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2020 MotoGP, apakah MotoGP, Honda, Kejuaraan MotoGP, Marc Marquez, Marc Marquez Dibedah, MotoGP 2020, Pasukan Repsol Honda, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev