TOYOTA Corolla Cross (2020) rasmi dilancarkan di Thailand awal bulan ini pada harga bermula 989,000 baht (RM132,260). Difahamkan model itu bakal diperkenalkan di pasaran Vietnam awal bulan depan dan akan bersaing dengan Honda HR-V dan Mazda CX-30.
Pasaran Thailand ditawarkan dalam dua pilihan enjin, 2ZR-FBE 1.8L aspirasi natural (NA) berkuasa 138hp @ 6,000rpm dan tork 177Nm @ 4,000rpm dengan transmisi Super CVT-i. Enjin kedua pula adalah versi 1.8L Hybrid berkuasa 96hp @ 5,200rpm dan tork 142Nm @ 3,200rpm dengan transmisi e-CVT.
BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k
LEBIH PANJANG, LEBAR DAN TINGGI DARIPADA CH-R
Corolla Cross (2020) berkongsi saiz jarak roda sama seperti CH-R, iaitu 2,640mm. Bagaimanapun saiz badan lebih besar berbanding SUV segmen-B itu, dengan panjang 4,460mm (+100mm), lebar 1,825mm (+30mm) dan tinggi 1,620mm (+ 55mm).
Walaupun menggunakan nama Corolla, SUV ini cuma ada sedikit persamaan dengan model sedan. Corolla Cross (2020) lebih kepada RAV4 versi kecil yang dapat dilihat pada rekaan gril sedikit ke bawah dan lampu depan langsing. Apron bawah juga memakai trim hitam RAV4 siap dengan skid plat dan lampu kabus.
Kemasan hitam boleh dilihat pada gerbang roda, frem tingkap dan rel bumbung selain bampar depan dan belakang. Bahagian belakang menampilkan rekabentuk ringkas dengan lampu tirus yang dilarik hingga sisi badan dan difuser krom.
BACA >>> 16 Fakta Pantas: Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia! Harga Mula RM196k
Bahagian kabin menawarkan kluster instrumen multi-info, penyaman udara dual-zon dengan ventilator penumpang belakang, mod pemanduan, unit infotainment skrin sentuh 9 inci, telematik T-Connect, but elektrik, akses bebas tangan dan kerusi belakang boleh lipat 6º.
Corolla Cross (2020) versi Thailand ditawarkan dalam empat varian dan harga seperti berikut:
- 1.8 Sport - 989,000 baht (RM132,255)
- Hybrid Smart - 1.019 juta baht (RM139,295)
- Hybrid Premium - 1.089 juta baht (RM148,945)
- Hybrid Premium Safety - 1.199 juta baht (RM163,990)
Jika sebelum ini anda cuma lihat foto studio, sekarang kami kongsikan foto Corolla Cross (2020) versi realistik.
GALERI
SUMBER: ZingNews
Leave a Reply