YAMAHA khabarnya sedia mempertaruhkan YZ250F versi 2017 yang dijangka berada di pasaran Julai ini. Jentera motocross itu diberikan beberapa perubahan teknikal penting yang menjadikannya semakin kukuh, pantas dan lembut bersama penyempurnaan kepala silinder terbalik (reverse).
Sistem pengendalian dan suspensi ditala lebih baik membuatkan kawalan Yamaha YZ250F semakin stabil dan mantap, termasuk menambahbaik fungsi brek dengan diameter cakera hadapan bersaiz 270mm dan belakang, 245mm. Hantaran kuasa pula dijana baik pada putaran pertengahan hingga atas, manakala anjakan gear semakin pantas dan tarikan tuil klac lebih lembut.
Posisi perehat kaki Yamaha YZ250F direndahkan sebanyak 5mm bagi membolehkan penunggang mendapat kedudukan tunggangan lebih selesa mengikut kesesuaian saiz. Warna rim masih kekal hitam dengan grafik baharu yang menyerlahkan penampilan lebih profesional.
UPGRED YAMAHA YZ250F
- Kemas kini tarikan kuasa rpm daripada pertengahan kepada tinggi.
- Pecutan ditingkatkan.
- Tukaran gear dan klac lebih lancar.
- Pengendalian diperhalusi, suspensi lebih stabil dan kawalan ditambah baik.
- Prestasi brek dipertingkat.
PERUBAHAN ENJIN YAMAHA YZ250F
- Kepala silinder lebih efisien
- Ambilan dan bentuk port ekzos
- Injap ambilan lebih besar
- Ambilan lif (lift intake) dan aci sesondol ekzos lebih tinggi
- Rekaan spring injap baharu
- Rekaan con rod baharu
- Sendi (joint) pendikit diperbaharui
- Gerek (borehole) hadapan ekzos besar
- ECU baharu dengan pemetaan dikemaskini dan tetapan pengehad rev
- Kotak engkol kekuatan tinggi
- Rekaan semula tuil klac
- Rekaan pedal anjakan baharu
Leave a Reply