• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Generasi ke-11 Lancar Suku Pertama 2021?

Honda Civic Generasi ke-11 Lancar Suku Pertama 2021?

July 22, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

688
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KITARAN produk Honda Civic selalunya dalam 4-5 tahun. Civic sekarang ini (generasi ke-10 dengan kod FC) sudah memasuki tahun keempat, sekali gus memberikan bayangan tentang bakal kemunculan generasi baharu model kompak itu.

Honda juga sudah mengesahkan generasi ke-11 Civic bakal debut pada penghujung musim bunga 2021, iaitu suku pertama tahun depan. Mungkin juga diperkenalkan sekitar Julai 2021. Bagaimanapun perincian tentang model itu masih kekal rahsia.

BACA >>> #BikinKereta: Honda EG6 - Hatchback yang Paling Playboy Era 90-an dan Awal Milenia

Antara beberapa maklumat tambahan menarik adalah kemunculan semula varian Civic Si sebagai versi prestasi di bawah Type-R.

Honda juga bakal mengubah haluan untuk kilang pemasangan Civic. Kilang Honda di Swindon, Britain yang sekian lama menjadi fasiliti istimewa untuk mengeluarkan Civic Type-R, dirancang ditutup tahun depan, dan begitu juga kilang pemasaangan Civic di Turki.

Honda khabarnya akan memindahkan kilang pemasangan Civic ke Amerika Utara. Model Civic coupe akan digantikan dengan Civic hatchback kerana dirasakan lebih laris di pasaran. Honda Fit pula (atau Jazz di beberapa negara) akan digantikan HR-V seiring perkembangan pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV).

BACA >>> Honda Civic Si Coupe, Versi 2 Pintu yang Menawan Tetapi....

Sebelum ini pernah tular imej intip Civic generasi ke-11 dan Honda nampaknya masih mengekalkan bentuk belakang ala fastback daripada generasi ke-10. Namun, muka depan tidak selandai Civic FC yang kali ini mirip Accord kompak.

Rekaan baharu itu lebih ke arah cita rasa Amerika berbanding Jepun. Ini mungkin kerana Civic begitu laris di Amerika. Apapun, tunggu saja kemunculannya tahun depan untuk mengetahui rupa sebenar Civic generasi ke-11!

BACA>>>Honda Civic Type R Mugen dengan Bonet, Spoiler Karbon Harga RM99k

GALERI
Imej Grafik Komputer Honda Civic Generasi 11 - Kredit Motor1
Imej Intip Honda Civic Generasi 11

SUMBER: Moto1

Related

688
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Typer R, Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my