MENERUSI video disiarkan MotoGP.com, pengurus Repsol Honda, Alberto Puig menyatakan Honda sedang berdepan masalah jika tidak mampu turun pada perlumbaan seterusnya dan keadaan akan jadi rumit.
Namun, beliau seakan menyindir dengan mengatakan mana-mana pelumba yang menjadi juara MotoGP tanpa Marc Marquez seperti tiada cabaran dan tidak bererti.
BACA >>> Marquez Selamat Dibedah, Tiada Saraf Cedera, Akan Kembali Lumba Secepat Mungkin
Beliau berkata;
Kalau kami tak dapat buat (turun berlumba), aku rasa pelumba yang sedang mendahului kejuaraan sedang berbangga atau seronok jadi juara dunia tanpa penyertaan pelumba terbaik dunia."
Tentunya kecederaan dialami Marquez memberi kesan kepada Repsol Honda. Puig berkata, perlumbaan tidak akan sama jika Marquez tidak turun berlumba dan semua orang tahu perkara tersebut.
Puig memang terkenal dengan kelantangan dan keceluparan ketika membidas tohmahan pesaing yang cuba melemahkan motivasi Honda dan Marquez.
Jika sebelum ini beliau hanya bertikam lidah dengan pesaing tertentu, tetapi komen kali ini lebih bersifat umum. Maksudnya, masing-masing pesaing sudah kena cubit. Tentunya apa dimaksudkan Puig, tanpa cabaran Marquez, seseorang pelumba itu akan menang mudah dan itu bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
Situasi itu boleh disamakan dengan musim 2006 ketika mendiang Nicky Hayden bergelar juara dunia. Ketika itu ramai berpendapat kemenangan pelumba Amerika Syarikat (AS) itu bukanlah sesuatu yang membanggakan kerana jentera Yamaha M1 milik Valentino Rossi gagal beraksi baik dan kerap mengalami masalah serta selalu terbabas.
Apa pendapat anda? Benarkah menjadi juara tanpa cabaran Marquez seakan tidak bermakna?
BACA >>> Puig: Honda Tak Kecil Hati, Ikut Suka Lorenzo Nak Buat Apa Saja
BACA >>> Suzuki Lancar GSX-R1000R (2020) Edisi MotoGP
Shahrul says
Tetap bermakna,,ia tidak seperti menang tempat kedua,,kurang dikenang,,orang tidak akan menyebut Anda juara dunia dalam kurungan Marquez tidak berlumba,,