• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vespa Primavera Sean Wotherspoon Edisi Khas Lancar di Vietnam, Cuma 50 Unit Dijual

Vespa Primavera Sean Wotherspoon Edisi Khas Lancar di Vietnam, Cuma 50 Unit Dijual

July 21, 2020 By Aryon Leave a Comment

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIAGGIO Vietnam memperkenalkan model edisi khas Vespa Primavera Sean Wotherspoon, hasil kolaborasi antara Vespa dan pereka fesyen Amerika Syarikat (AS) terkenal, Sean Wotherspoon.

Cuma dihasilkan 50 unit saja, Primavera Sean Wotherspoon mengadunkan gaya nostalgia dan kontemporari yang mana Wotherspoon mengadunkan warna terang dan kontras dalam gaya 80-an.

BACA >>> Vespa Sprint S 150 dan Primavera S Special Edition 150 Lancar di Malaysia

vespa-primavera-sean-wotherspoon-7
vespa-primavera-sean-wotherspoon-5

Badar skuter diserikan dengan warna emas, merah, biru gelap dan firus (turquoise) yang digabungkan dengan aksen putih pada panel dada, keliling panel fairing dan atas fender. Kelihatan juga logo Vespa di sekeliling rim putih.

Sebagai tambahan kepada warna klasik, Primavera Sean Wotherspoon menggunakan material plat krom untuk perumah lampu utama, bar barang di depan, cermin sisi, bar genggam di belakang, dan kluster suis Pada bahagian badan belakang dihiasi logo 'Primavera' dari kecil ke besar untuk mewujudkan efek visual menarik.

Pelana menggunakan material velvet coklat cerah dengan trim putih dan logo SW signatur yang disulam. Penampilan dan perincian unik pelana itu untuk edisi khas itu adalah sesuatu yang bersejarah dalam sejarah skuter Piaggio.

Skuter edisi khas ini dikuasakan enjin silinder tunggal 125cc iGet penyejukan udara berkuasa 10.5hp @ 7,700rpm, dan tork 10.4Nm @ 6,000rpm. Dari aspek teknologi, skuter ini dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, sama seperti versi Primavera lain.

Primavera Sean Wotherspoon ini dijual pada harga 135 juta dong (RM24,800), iaitu  60.5 juta (RM11,116)  lebih mahal daripada Primavera standard.

BACA >>> #BikinMotor: Vespa Primavera Gaya American Muscle untuk Ekstra Garang!

vespa-primavera-sean-wotherspoon-7
vespa-primavera-sean-wotherspoon-1
vespa-primavera-sean-wotherspoon-2
vespa-primavera-sean-wotherspoon-3
vespa-primavera-sean-wotherspoon-4
vespa-primavera-sean-wotherspoon-5
vespa-primavera-sean-wotherspoon-6
vespa-primavera-sean-wotherspoon-8

Related

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Piaggio Vietnam, roda2, Sean Wotherspoon, skuter, Vespa, Vespa Primavera, Vespa Primavera Sean Wotherspoon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev