• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sumber: Bank Tidak Lanjut Tempoh Moratorium Pinjaman, Mula Bayar Oktober Ini

Sumber: Bank Tidak Lanjut Tempoh Moratorium Pinjaman, Mula Bayar Oktober Ini

July 21, 2020 By Han Othman Leave a Comment

423
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINJAM perlu mula membayar pinjaman bank bermula Oktober nanti kerana pihak bank tidak akan melanjutkan lagi tempoh moratorium pinjaman automatik, menurut sumber perbankan dipetik TheStar.

Bagaimanapun, sumber industri menyatakan pihak bank bersedia membantu peminjam dengan menawarkan penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman yang dijangka melibatkan tiga juta orang akan menerima tawaran tersebut.

BACA >>> #FAQ: Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank Akibat Covid-19

Terdahulu, Bank Negara Malaysia ada menyatakan yang pihak bank bersedia membantu peminjam dalam kes tertentu dengan menawarkan pelbagai bantuan pembayaran semula seperti bayaran faedah sahaja, memanjangkan tempoh pinjaman dan pembayaran semula fleksibel.

Sumber berkata, antara alasan tiada lagi moratorium adalah kerana pihak bank mahu peminjam menghadirkan diri untuk berunding mengenai pinjaman mereka. Bank ada tempoh masa hingga pertengahan tahun depan untuk menstrukturkan dan menjadualkan semula pinjaman peminjam.

Tempoh moratorium enam bulan seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada lewat Mac lalu, akan berakhir pada 30 September  tahun ini.

Sepanjang tempoh itu, peminjam tidak perlu membayar pinjaman mereka kepada bank yang mana wang itu boleh digunakan untuk meringankan impak ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Ia juga antara usaha Kerajaan untuk membantu isi rumah memiliki tunai di tangan untuk terus berbelanja.

BACA >>> UMW Toyota, Maybank Islamic Tawar Pelan Pinjaman Graduan Beli Vios, Yaris dan Avanza

Related

423
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bank Negara Malaysia, Bayar Pinjaman Moratorium, BNM, Moratorium, Pinjaman, Pinjaman Bank, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev