MINGGU lalu bermula aksi pusingan pertama MotoGP selepas hampir tiga bulan ditangguhkan akibat krisis wabak Covid-19 yang melanda dunia.
Namun, langit tidak selalu cerah dan malang pula tidak berbau apabila Baby Alien aka Marc Marquez terbabas dalam kelajuan tinggi dan mengalami kecederaan patah tangan, sekali gus gagal menamatkan saingan.
BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP
Memetik laman Instagram pelumba Sepanyol itu;
Kadang-kadang ada benda berlaku tak seperti yang anda jangka, tapi paling penting adalah bangkit dan jalan terus. Aku harap korang seronok dengan come back ni. Sekarang aku kena operate Selasa ni dan betulkan tangan kanan aku yang patah. Aku janji akan buat come back secepat mungkin, dan jadi lebih kuat lagi!"
BUKAN CEDERA RINGAN, AMBIL MASA UNTUK PULIH
Pada aksi di GP Sepanyol, di Jerez minggu lalu, Marquez mengalami cedera teruk selepas melambung tinggi di Turn 3 sebelum jatuh dan dihentam tayar belakang RC213V (lihat video di bawah).
😱 @marcmarquez93 will undergo surgery after this horrendous crash at Jerez!
We wish the world champion the very best in his recovery! 💪#SpanishGP 🇪🇸 pic.twitter.com/BOSmDo7dfG
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) July 19, 2020
Beliau sepatutnya tersingkir lebih awal sebelum itu tetapi berjaya mengawal jenteranya, juga di lokasi sama. Namun masih mampu mengejar dari kedudukan ke-16 hingga ketiga di belakang Maverick Vinales.
Walaupun tekad untuk bangkit semula, tetapi Dr Xavier Mir sebelum melakukan pembedahan mengatakan Marquez perlu berehat sekurang-kurangnya tiga pusingan perlumbaan. Pakar bedah untuk trauma MotoGP itu berkata;
Hentaman yang berlaku menyebabkan tulang patah pada batang humerus, patah tulang lengkap walaupun tidak sepenuhnya bergesel dan ada risiko lumpuh pada saraf radial, walaupun kami tak yakin. Kecederaan itu dirawat di sini sementara dan kami akan pindah ke Barcelona untuk rawatan intensif."
Jika ada kerosakan pada bahagian saraf, rawatan akan diteruskan dengan pembedahan. Jadi tidak dapat diputuskan sama ada Marquez boleh berlumba di Brno atau Austria.
MARQUEZ SELAMAT DIBEDAH
Terbaharu, selepas pembedahan selesai pagi semalam, masih tiada tarikh pasti bilakah juara bertahan itu boleh berlumba semula. Beliau kini dalam pemantauan 48 jam di hospital.
Berita baiknya, kecederaan patah dialami itu tidak melibatkan saraf radial dan tiada rawatan lanjut diperlukan. Pasukan Dr Mir yang berkolaborasi dengan Dr Barrera cuma memasukkan plat titanium pada tulang humerus kanan Marquez. Jadi beliau mungkin akan kembali ke trek secepat mungkin.
MAMPUKAH MARQUEZ PULIH DENGAN CEPAT?
Pada pendapat kami, segalanya tidak mustahil buat Marquez kerana ini bukan kali pertama beliau mengalami kecederaan serius.
Tahun lalu pun Marquez menjalani pembedahan bahu kanan pada musim sejuk yang juga pembedahan tahun kedua berturut-turut. Tahun sebelum itu, beliau sudah menjalani pembedahan memulihkan kecederaan bahu kiri pada 2018.
Malah, selepas seminggu dibedah pada 4 Disember 2019, juga dilakukan Dr Mir dan Teresa Marlet, Marquez langsung menjalani fisioterapi untuk memulihkan kondisi fizikalnya. Setiap hari, beliau perlu berlatih dua sesi, iaitu dua setengah jam setiap sesi, dan cuma diberikan cuti Krismas dan Tahun Baru.
Jadi tidak mustahil beliau mampu pulih dengan cepat berdasarkan komitmen yang pernah diberikan. Apa kata peminat Marquez?
BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu
BACA >>> Rossi: Berita Tu Tipu, Tapi 99% Aku Akan Masuk Petronas
Leave a Reply