• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 6 Fakta Pantas: Mercedes-Benz C 200 AMG Line di Malaysia, Ansuran RM2.9k Sahaja

6 Fakta Pantas: Mercedes-Benz C 200 AMG Line di Malaysia, Ansuran RM2.9k Sahaja

July 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan kehadiran C 200 AMG Line ke pasaran tempatan pada harga RM251,587.39. Varian baharu dalam famili C-Class itu akan mengisi ruang C 200 Avantgarde (1.5L EQ Boost) yang dihentikan jualan.

Berikut 6 fakta pantas tentang Mercedes-Benz C 200 AMG Line di Malaysia:

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Sistem DAS Untungkan Mercedes AMG PETRONAS?

1. C 200 AMG Line dilengkapi enjin 4-silinder sebaris 2.0L turbo berkuasa 204hp dan tork 300Nm dengan pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas  7.1 saat, manakala pecutan maksimum 250kmj. Hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi automatik 9-kelajuan 9G-TRONIC.

2. Sentuhan sporty dan eksklusif diserlahkan dengan gril radiator berlian dan logo bintang Mercedes bersama kemasan krom. Penampilan pakej AMG Line merangkumi apron depan AMG dengan ambilan udara sporty, elemen krom dan apron belakang acah difuser AMG hitam. Sedan ini kemudian diserikan dengan rim AMG 5-jejari 18 inci.

3. Bahagian kabin juga menampilkan kemasan AMG Line yang terdiri daripada upholsteri kulit ARTICO, pedal shifter tergalvani dan pedal sports AMG.

4. Demi ketenangan minda, Mercedes-Benz C 200 AMG Line dilengkapkan dengan ciri keselamatan standard seperti Bantuan Parkir Aktif (APA), kamera undur, Bantuan Titik Buta (dalam halaju 10kmj-200kmj), 7 beg udara, kawalan jelajah Speedtronic dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) sebagai ciri standard.

5. Aplikasi Mercedes Me Connect membolehkan pemilik kekal terhubung dengan kenderaan selain dapat menikmati manfaat seperti sistem panggilan kecemasan, diagnosis kenderaan jarak jauh, kawalan jauh penyaman udara sebelum masuk ke kabin, sistem navigasi prediktif dan pengesan lokasi parkir.

6. Dengan program EaseProtect Financing C 200 AMG Line boleh dimiliki dengan bayaran bulanan bermula RM2,988 bersama insurans komprehensif, termasuk insurans tayar dan rim pada tahun pertama pemilikan. Harga jualan Mercedes-Benz C 200 AMG Line  ialah RM251,587.39 (tanpa insurans).

BACA >>> #BikinKereta: Mercedes-Benz E300 AMG Bertatah Emas Tulen, Berlian
BACA >>> 15 Kereta Sport Terbaik Pernah Dihasilkan Jepun

GALERI

Related

433
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: C-Class, Mercedes-Benz AMG, Mercedes-Benz C 200 AMG Line, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Roda4, sedan mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my