• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 12 Fakta Pantas: Jaguar F-Pace Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Mula RM436k

12 Fakta Pantas: Jaguar F-Pace Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Mula RM436k

July 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAGUAR Land Rover Malaysia memperkenalkan F-Pace Edisi Terhad dengan enjin 4-silinder 2.0L Ingenium Turbo yang dikeluarkan 20 unit sahaja.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu mula debut pada Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2015 sebelum menyusul di Pameran Motor Frankfurt (IAA) di Jerman pada tahun sama. Ketibaan di Malaysia pula adalah pada 2018, dan terkini tampil sebagai model edisi terhad dengan beberapa perubahan.

BACA >>> Jaguar Land Rover Hasilkan Unit Sistem Infotainment Baharu Gaya Vintaj

Berikut 12 fakta pantas tentang Jaguar F-Pace Edisi Terhad:

1. Trenkuasa enjin petrol baharu 2.0L Ingenium Turbo Twin-Scroll menawarkan keseimbangan kuasa dan penjimatan bahan api terbaik.

2. Jika 2018 menghasilkan kuasa 246hp dan tork 365Nm (1,200rpm), model edisi terhad ini tampil dengan kuasa lebih tinggi, iaitu 296hp @ 5,500rpm dan tork 400Nm @ 1,500-4,500rpm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 6.1 saat. Kelajuan maksimum pula 233kmj dalam sistem pacuan semua roda (AWD).

3. Pemasangan manifold pada ekzos berfungsi menyamakan denyutan ekzos daripada dua pasang silinder berasingan untuk mengurangkan efek jeda turbo (turbo lag), sekali gus meningkatkan respon enjin.

4. Transmisi automatik 8-kelajuan ZF 8HP45 memberikan pecutan dan penukaran gear lancar dengan respons luar biasa.

5. Ciri menarik F-Pace adalah peredam pendulum dalam penukar tork yang sangat berkesan menyerap getaran frekuensi rendah. Ini membolehkan enjin beroperasi dalam kelajuan lebih rendah tanpa menjejaskan penghalusan.

6. Hanya terhad 20 unit, F-Pace didatangkan dengan tiga pilihan varian: Prestige (basis), R-Sport (pertengahan) dan R-Sport (premium).

7. Jaguar memperkenalkan teknologi pemanduan dinamik, Configurable Dynamics dan Adaptive Dynamics.

8. Configurable Dynamics adalah ciri standard untuk varian R-Sport yang membolehkan pemandu memilih mod Normal dan Sport untuk respon terotel, kotak gear dan stereng bagi pengalaman pemanduan berbeza.

Adaptive Dynamics berfungsi menala respons damper untuk disesuaikan dengan gaya dan situasi pemanduan. Sistem akan menganalisis pecutan, selekoh, terotel dan pedal brek untuk mengoptimumkan tetapan suspensi dan mengekalkan keselesaan dan dinamik kereta. Cciri ini ada pada varian tertinggi saja (R Sport Premium).

BACA >>> Pemilik BMW Selepas 1 Julai 2020 Boleh Buka Kereta, Hidupkan Enjin Guna iPhone

Jaguar F-Pace (2020)_5
Jaguar F-Pace (2020)_6
Jaguar F-Pace (2020)_2

9. Pakej lain dimiliki F-Pace Edisi Terhad ialah pintu but automatik, unit infotainemnt Touch Pro 10-inci, Pro Services dan WiFi, Bantuan Kekal Lorong (LDA) dan Pemandu Kondisi Pemandu (DCM). Tidak dilupakan konektivti Apple CarPlay dan Android Auto untuk semua varian.

10. Varian basis, F-Pace Prestige dilengkapkan Sistem Pemantauan Angin Tayar (TPMS), rim 20 inci  ‘Style 5031’ dan alat kawalan tuil lipatan kerusi belakang. Ciri tambahan pada R-Sport adalah lampu depan LED adaptif dan lampu siang (DRL), Bantuan Lampu Suluh Tinggi  (AHBA), pencahayaan ambien dalam kabin dan rel bumbung hitam berkilat.

11. Varian F-Pace R-Sport dilengkapi ciri Respons Permukaan Adaptif (AdsR) untuk mengesan beza rupa bumi dan menyesuaikan cengkaman dengan enjin dan brek.

AdSR beroperasi pada semua julat halaju kenderaan yang membolehkan sistem kenderaan dioptimumkan lebih baik untuk memanfaatkan daya kilas sedia ada. Ciri ini membantu pemandu mengendalikan kenderaan dengan lebih baik walaupun dalam kondisi jalan paling mencabar.

12. Berikut harga F-Pace Edisi Terhad:

  • Prestige - RM436,420.82
  • R-Sport (Pertengahan) - RM470,212.97
  • R-Sport (Premium) - RM485,433.81

BACA >>> #Videotomotif: Jaguar I-Pace Kalahkan Tesla Model X dalam Lumba Drag 0-100kmj
BACA >>> Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!

GALERI
jaguar-f-pace-limited-edition-2021-1
jaguar-f-pace-limited-edition-2021-2
Jaguar F-Pace (2020)_10
Jaguar F-Pace (2020)_1
jaguar-f-pace-limited-edition-2020
Jaguar F-Pace (2020)_12
Jaguar F-Pace (2020)_3
Jaguar F-Pace (2020)_6
Jaguar F-Pace (2020)_8
Jaguar F-Pace (2020)_4
Jaguar F-Pace (2020)_13
Jaguar F-Pace (2020)_2
Jaguar F-Pace (2020)_5
Jaguar F-Pace (2020)_7
Jaguar F-Pace (2020)_11
jaguar-f-pace-limited-edition-2021-enjin-1
jaguar-f-pace-limited-edition-2021-enjin-2

Related

175
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edisi Terhad, Jaguar, Jaguar F-Pace, Jaguar F-Pace (2020), Jaguar F-Pace Edisi Terhad, Jaguar Land Rover Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV, SUV mewah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev